Jumaat, 31 Mei 2019

SINGKIR PRESIDEN !! KHALID NORDIN DAN MAT HASAN PERLU AMBIL TINDAKAN MAHKAMAH @Zahid_Hamidi @NajibRazak @tunfaisal

Baru baru ni kecoh bila portal MalaysiaKini memuat naik satu artikel berkenaan dengan usaha untuk menyingkirkan Presiden UMNO, YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, YB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Portal berkenaan juga merujuk bahawa ianya juga didalangi oleh Timbalan Presiden UMNO sedia ada iaitu YB Datuk Seri Utama Mohamad Hasan yang juga merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan.

Bukan sahaja Mohamad Hasan atau lebih mesra digelar Tok Mat Hasan, malah bekas Menteri Besar Johor yang kini memegang jawatan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khalid Nordin juga dikaitkan dan beliau (Khalid Nordin) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa beliau tidak terlibat dalam konspirasi berkenaan.

 Dalam artikel yang diterbitkan oleh Malaysiakini ada menyebut bahawa Tok Mat Hasan dan Khalid cuba untuk menyingkirkan YB Datuk Seri Zahid dan Datuk Seri Najib melalui pindaan perlembagaan UMNO dan ini telah dinafikan oleh Datuk Seri Khalid Nordin dalam kenyataan akhbar beliau.

Bagi Sangkakala, kenyataan akhbar sahaja tidak memadai bagi melenyapkan tohmahan yang cuba dilakukan oleh Malaysiakini dan Khalid serta Tok Mat Hasan perlu mengambil langkah lebih berani iaitu mendesak Malaysiakini membuat permohonan maaf atau tindakan mahkamah diambil terhadap portal berkenaan.

Artikel yang diterbitkan oleh Malaysiakini Sangkakala lihat lebih kepada untuk memporak perandakan UMNO yang kini dilihat lebih popular dikalangan rakyat tambahan pula dengan inisiatif UMNO untuk bersama sama dengan PAS bagi menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan dalam pilihanraya akan datang.

Kerjasama diantara UMNO dengan PAS telah diilhamkan oleh YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum beliau mengambil keputusan untuk bercuti dan memberikan tugasan sebagai Presiden parti kepada Tok Mat Hasan selaku pemangku Presiden.

Kerjasama ini membuahkan hasil apabila UMNO memenangi 3 pilihanraya kecil berturut turut dan ini sebenarnya menjadi kegusaran kepada kerajaan Pakatan Harapan dan pelbagai usaha dilakukan untuk menggagalkan kerjasama tersebut.

Mungkin portal Malaysiakini menjadi salah satu tangan yang akan cuba untuk memusnahkan.kerjasama antara UMNO dengan PAS dan atas dasar itu juga maka Malaysiakini mencipta fitnah terhadap Timbalan dan Naib Presiden UMNO.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan dan ianya perlu ditangani dengan segera.



Tiada ulasan: