Ahad, 20 Februari 2022

SEGALA PERBELANJAAN MAHIADDIN SEMASA PM BAKAL TERBONGKAR

Sehari dua ni tular berita yang mengatakan bahawa bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin memberikan ugutan bahawa beliau akan membongkarkan keadaan kewangan negara.

Sangkakala rasa semua sudah pun mengetahui bahawa ugutan ini ditujukan kepada Barisan Nasional memandangkan Pilihanraya Negeri Johor bakal berlangsung dan Perdana Menteri pada ketika ini adalah Naib Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Ismail Sabri.

Ugutan Mahiaddin sebenarnya berasas memandangkan beliau adalah bekas Perdana Menteri dan ekoran itu juga rakyat diluar sana sudah semestinya ternanti-nanti dengan pendedahan yang bakal dilakukan.

Tetapi ada satu lagi kehendak rakyat dimana selama 17 bulan Mahiaddin menjadi Perdana Menteri, beliau telah mengesyorkan satu perintah darurat kesihatan yang mana selama 6 bulan dan selama tempoh itu juga, Mahiaddin dan anggota kabinet beliau telah membelanjakan wang negara tanpa perlu dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan dan dibahas.

Adakah Mahiaddin sanggup untuk membongkar sama perbelanjaan yang telah dibuat sepanjang tempoh enam bulan berkenaan? Atau ianya akan dibongkar pula oleh Menteri Kewangan atas arahan Perdana Menteri didalam Parlimen? 

Episod kali ni nampaknya lebih menarik daripad episod tekan butang yang disebut oleh Mahiaddin tidak lama dahulu dan ianya pasti akan menjadi bualan hangat disemua peringkat dan Sangkakala amat bersetuju jika Mahiaddin bersungguh untuk membongkarkan keadaan kewangan negara dan segala perbelanjaan dari zaman PH memerintah sehinggalah ke hari ini.

Tiada ulasan: