Khamis, 29 Mac 2018

ADUN PAYA JARAS TAK PERNAH PERGI HOSPITAL KERAJAAN @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Baru baru ini dalam sidang DUN Negeri Selangor, ADUN Paya Jaras dengan bangganya mengemukakan soalan kepada ADUN BN tentang berapa banyak kad kesihatan diberikan kepada rakyat sepanjang 50 tahun BN memerintah.

Ini Sangkakala lihat merujuk kepada kad peduli sihat yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor kononnya untuk membantu rakyat dari segi kesihatan.

Apa yang membuatkan Sangkakala rasa ADUN dari PAS yang kini cenderung ke arah parti Amanah ini kurang cerdik adalah kerana soalan yang diajukan oleh beliau seperti dibawah.


Dengan begitu bangganya YB Khairuddin Othman memviralkan soalan berkenaan di dalam akaun facebook miik beliau kononnya untuk menunjukkan betapa beliau cerdik dalam membawa isu rakyat ke dalam dewan undangan negeri.

Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Mohd Khairuddin, sebanyak 139 buah hospital, 2839 buah klinik kesihatan dan 196 buah klinik 1Malaysia di seluruh negara yang menawarkan khidmat kesihatan hanya mengenakan caj sebanyak RM 1 diberikan kepada 32 juta rakyat di seluruh negara.

Ini adalah lebih rendah berbanding RM 500 setahun yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat Selangor yang berjumlah lebih kurang 6.3 juta orang dan hanya lebih kurang 600 ribu sahaja yang terpilih sahaja mendapat manafaat kad peduli sihat iaitu lebih kurang 10% daripada jumlah penduduk di negeri Selangor.

Begitu juga dengan subsidi ubat ubatan dan khidmat kesihatan yang diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang merupakan paling murah dalam dunia.


Mungkin YB Khairuddin tak pernah pergi ke klinik atau hospital kerajaan yang membuatkan beliau tidak mengetahui bahawa caj hospital yang dikenakan adalah begitu murah dan ini adalah subsidi kerajaan Barisan Nasional.






Tiada ulasan: