Jumaat, 30 Mac 2018

SEJAK BILA SIVARASA AMBIL TAHU PASAL PARLIMEN P107 ??? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Bahang kehangatan pilihanraya makin terasa apabila laporan persempadanan semula kawasan pilihanraya diluluskan di Dewan Rakyat.

Makin lebih keterasaan apabila ahli parlimen yang sebelum ini hilang kini mula mengambil tahu tentang kawasan pilihanraya yang mereka menangi.

Ini jelas terbukti apabila Sivarasah yang mewakili parlimen P107 Subang dan selepas ini akan bertukar kepada P107 Sungai Buloh menggelupur tak tentu pasal apabila nama parlimen dan kawasan pilihanraya bakal bertukar tidak lama lagi.

Dalam status yang dimuat naik di laman facebook milik beliau, Sivarasah mengatakan bahawa Perdana Menteri terlibat dalam mempengaruhi SPR atau Suruhanjaya Pilihanraya dalam persempadanan berkenaan.


Bagi Sangkakala, oleh kerana tidak peka dengan kawasan pilihanraya khususnya Subang membuatkan Sivarasa begitu kelam kabut apabila parlimen membuat keputusan meluluskan cadangan dari SPR.

Sivarasa mengatakan bahawa bagaimana Perdana Menteri mengatakan bahawa beliau tidak mempengaruhi atau tidak campur tangan dalam persempadanan semula kerana Bilik Gerakan BN P107 Sungai Buloh.

Sangkakala nak maklumkan disini bahawa persempadanan semula ini adalah hak SPR mengikut perlembagaan negara.

Takkan Sivarasa sebagai seorang peguam tidak tahu akan perkara tersebut.

Jika nak dipersoalkan kewujudan bilik gerakan parlimen P107 Sungai Buloh pula, Sangkakala nak tanya bagai mama pihak pembangkang dapat mengetahui kenaikan atau penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel? Adakah ianya ada campur tangan dari pembangkang? Itu satu contoh kecil yang Sangkakala berikan hari ni.

Persoalan dan kenyataan dangkal Sivarasa sebenarnya menunjukkan bahawa selama ini beliau tidak ambil peduli tentang apa yang berlaku di Subang.

Semua orang tahu bahkan mereka yang pernah mengundi Sivarasa juga mengetahui bahawa selama 4 tahun Sivarasa tidak kelihatan di kawasan parlimen dan kini beliau muncul untuk menjadi wira kepada rakyat.


Tiada ulasan: