Rabu, 28 Mac 2018

GO TO HELL !! AYAT BIADAP EXCO KERAJAAN NEGERI @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Bagi peminat bola sepak khususnya pasukan Red Giant dari negeri Selangor sudah pasti kecewa apabila pasukan mereka dinafikan hak bagi menggunakan stadium Shah Alam sebagai gelanggang utama mereka.

Kekecewaan ini direalisasikan dengan 15 ribu tandatangan dalam sebuah memorandom yang dihantar kepada Menteri Besar oleh kelab penyokong The Red Giant.

Perkara ini telah dibawa oleh Yang Berhormat Budiman Mohd Zohdi, ADUN Sg Panjang yang merupakan ADUN Barisan Nasional ke dalam Sidang Dewan Undangan Negeri baru baru ini namun jawapan daripada EXCO Kerajaan Negeri adalah amat mengecewakan.

YB Amirudin Shari yang mengatakan bahawa kerajaan negeri ada pelan tersendiri untuk membangunkan pasukan bola sepak Selangor adalah jawapan dangkal kerajaan negeri yang mana kemelut pasukan bola sepak Selangor masih tidak dapat di selesaikan.


Amirudin mengatakan bahawa Kelab Penyokong The Red Giant telah dipanggil untuk berbincang tetapi kelab berkenaan memilih untuk bertemu dengan Menteri Besar, YAB Datuk Seri Azmin Ali, "Go To Hell" ayat yang digunakan oleh EXCO berkenaan.

Memang hujah dalam Sidang DUN mahupun Parlimen memiliki kekebalan undang undang, namun apa yang diungkapkan oleh EXCO ini jelas tidak mahu kemelut berkenaan diselesaikan dan ungkapan itu juga telah mencetuskan peperangan mulut diantara beliau dengan Budiman.

Persoalannya bagaimana seorang EXCO boleh mengeluarkan kenyataan sebiadap itu kepada sebuah Kelab yang mahu melihat kemajuan pasukan bola sepak kesayangan mereka?

Adakah ini juga merupakan satu keegoan yang dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor serta para pemimpin mereka?

Mungkin anak kelahiran Johor ini tidak mengetahui betapa sayangnya ahli Kelab Penyokong The Red Giant kepada pasukan mereka dan YB Budiman cuba membawa isu berkenaan ke dalam sidang DUN bagi mendapatkan jalan penyelesaian namun sebagaimana biasa ianya akan dipandang enteng oleh kerajaan negeri.

Tiada ulasan: