Isnin, 9 Oktober 2017

TUN MAHATHIR KINI JADI MANGSA BULI !!! @NajibRazak @tunfaisal

Tun Dr Mahathir Mohammad adalah seorang negarawan yang disegani satu masa dulu di era 80an hinggalah tahun 2002 yang melihatkan beliau melepaskan jawatan daripada menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Selama 22 tahun menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, beliau dilihat telah membuli parti pembangkang dengan pelbagai helah.

Namun kini apa yang dilihat adalah sebaliknya apabila dengan usia meningkat lebih 90 tahun, beliau pula menjadi mangsa buli pakatan harapan yang dianggotai oleh pakatan pembangkang yang pernah dibuli oleh beliau satu masa dulu.

Pakatan Harapan kini dilihat membuli warga emas ini dengan membiarkan Tun Mahathir kesana kesini untuk berkempen demi satu tujuan iaitu melihat kejatuhan Barisan Nasional.


Bayangkan dengan umur yang begitu lanjut, Tun Mahathir diheret kesana kesini melaksanakan misi yang dirancang oleh Pakatan yang kita ketahui di monopoli oleh DAP.

Sejak dari mula kewujudan Pakatan, DAP hanya mendiamkan diri dan membiarkan PAS (ketika itu dalam pakatan) melakukan kerja kerja politik mereka sehinggalah Pakatan mencapai kemenangan di Pulau Pinang dan Selangor pada PRU13.

Kini apabila negara dalam suasana bersiap sedia untuk pilihanraya umum yang ke 14, Tun Mahathir dibiarkan dibuli oleh Pakatan oleh penyokong beliau sendiri sedangkan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pernah di kritik hingga melepaskan jawatan oleh Tun Mahathir duduk dalam keadaan selesa disamping keluarga.

Kadang kadang Sangkakala berasa agak sedikit pelik bagaimana pengikut Tun Mahathir boleh membiarkan malah turut sama mengusung lelaki berumur ini ke hulu dan ke hilir untuk politik.

Adakah ini yang dinyatakan maksudnya bahawa mereka sayang kepada Tun Mahathir?


Tiada ulasan: