Sabtu, 24 Mac 2012

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH BUAT WARGA PENANG

Sangkakala mengucapkan tahniah yang teramat sangat kepada orang-orang Melayu Pulau Pinang atas kebijaksanaan mereka memilih kerajaan pada PRU12 yang lepas.

Ucapan terima kasih juga Sangkakala ucapkan bagi pihak seluruh rakyat Malaysia kepada rakyat Pulau Pinang diatas persetujuan mereka untuk memberikan tanah masjid kepada kerajaan negeri.

Ucapan tahniah dan terima kasih yang Sangkakala maksudkan kepada rakyat Pulau Pinang adalah kesinambungan dari apa yang terjadi semalam apabila kerajaan negeri telah mengubah syarat tanah wakaf masjid dan surau kepada tanah rumah ibadat dimana ianya diletakkan dibawah Chief Minister Inc (CMI).

Apabila tanah-tanah ini berada dibawah CMI maka kerajaan negeri berhak untuk melakukan apa sahaja terhadap tanah-tanah ini termasuklah untuk menjualkannya.

Kita semua sedia maklum bahawa tanah-tanah di Pulau Pinang mempunyai nilai tinggi dan komersial. Tanah-tanah ini juga telah menjadi minat kepada para pemaju untuk membuat keuntungan.

Sangkakala pernah mendengar ceramah yang di sampaikan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang- Dr Firdaus yang mengatakan bahawa beliau meletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri tersebut kerana sudah tidak tahan lagi dengan kerenah Ketua Menteri Pulau Pinang yang asyik mendesak untuk mendapatkan tanah wakaf masjid, surau dan perkuburan Islam.

Kini di Pulau Pinang sudah tidak ada lagi tanah masjid dan surau, kemungkinan sikit masa lagi tanah-tanah milik Melayu Pulau Pinang juga akan habis tergadai kepada orang lain.

Kini kita dapat lihat, betapa pandainya Lim Guan Eng serta kepimpinan lain dalam Pakatan Rakyat dalam memainkan peranan pemerintahan, habis semua harta benda yang sepatutnya menjadi hak orang melayu dirampas dengan rakus oleh mereka.

Sangkakala menyeru kepada seluruh rakyat Pulau Pinang khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya untuk sama-sama bangkit berjuang menentang Pakatan Rakyat dengan cara tidak langsung mmeberi undi kepada mereka pada PRU13.

2 ulasan:

Awanama berkata...

Kapada orang2 melayu Pulau Pinang....
Dulu (PRU 12) Kamu juga yang berhajat hendak menukar kerajaan negeri....sekarang apa dah jadi.
Tapi bagaimana pun untok PRU 13 ....TUMBANGKAN SAJA DAPigs. Belajar lah dari kesilapan yang lalu.
Jangan beri peluang langsung pada DAPigs.

Awanama berkata...

Tahniah!! Melayu dan Mamak Pulau Pinang!! Lepas ni boleh letak majlis ugama bawah Menteri Besar sebab dia Khalifah!!