Jumaat, 2 Mac 2012

PANAS ADUN TITI SERONG TINGGALKAN KAWASAN

Mendengar keluhan penduduk di kawasan N08 DUN Titi Serong Sangkakala berasa amat sedih sekali.

Mana tidaknya, menurut sumber yang boleh dipercayai ADUN tersebut (gambar) langsung tidak peduli dengan masalah penduduk setempat. Bahkan beliau juga dikatakan tidak berada lagi dikawasan. Semua masalah rakyat di kawasan tersebut tegendala dan langsung tidak diberi perhatian.

Satu lagi yang membuatkan penduduk berasa amat kecewa kerana ADUN ini tidak menampakkan muka langsung dalam program-program di kawasan sekiranya didapati penganjur program tersebut mirip ke arah kerajaan.

Wah..macam ni pun boleh ke YB? Dulu kata lain, nak bersama-sama rakyat, bila dah dapat jawatan tidur je ke?

Berbeza pula dengan kepimpinan UMNO dikawasan tersebut yang selama ini sentiasa memberikan khidmat terbaik buat rakyat di sekitar kawasan tersebut.
Menurut laporan yang Sangkakala terima lagi. Kekalahan Barisan Nasional dikawasan itu dahulu hingga membolehkan kemenangan berpihak kepada PR adalah kerana tsunami politik yang melanda tanah air.

Dan kini, penduduk atau rakyat sekitar DUN Titi Serong sudah berjanji bahawa kali ini kemenangan akan berpihak kepada Barisan Nasional. "Kami akan tukar pemimpin yang muda tapi tidur ni" kata penghantar maklumat kepada Sangkakala.

Ini juga berikutan dengan bantuan dari kerajaan Barisan Nasional yang tidak putus-putus kepada penduduk di kawasan DUN tersebut walaupun ianya di menangi oleh pambangkang. Menurut kata pemberi maklumat lagi, apa guna mereka memilih Wakil Rakyat yang tidak prihatin dengan masalah rakyat, cuma hanya akan datang menjengah apabila sudah tiba musim pilihanraya dan mereka juga akan menaburkan janji serta menifesto yang akan mengelabui mata masyarakat di kawasan itu.

Sangkakala menyeru kepada semua para pengundi di kawasan Titi Serong agar tidak lagi percaya kepada janji-janji kosong mereka dalam pilihanraya akan datang.




Psttt..jangan pecaya pada PASaway..

1 ulasan:

Awanama berkata...

apa yang penting kita sebagai pemilih lah yang wajar bijak memilih.Sebagai pemilih kita yang berhak menilai memilih yang terbaik sekurang2nya untok tempoh 5 tahun mendatang.Kalau 5 tahun lepas tidak melaksanakan apa yang sepatutnya kita pilih yang lain.Tidak kira dipihak mana tetapi sewajarnya calun hendaklah orang tempatan yang sentiasa berada dikawasan.Kalau calun yang dipilih dari kalangan bidan terjun kita jangan pilih