Ahad, 11 Mac 2012

ANWAR IBRAHIM DIKEJAR HUTANG AHLONG


Pilihanraya umum yang ke 13 akan berlangsung tidak lama lagi. Kini parti-parti yang akan bertanding sedang sibuk menjalankan kerja-kerja terakhir bagi memastikan bahawa calon serta parti mereka menang dalam pilihanraya yang diramalkan oleh pengamal-pengamal politik antara yang paling sengit dalam sejarah tanahair.

Parti Keadilan Rakyat atau PKR juga tidak terkecuali dalam bersiap-sedia untuk berperang habis-habisan. Tetapi untuk berperang memerlukan peluru, cuma didalam politik peluru yang dimaksudkan ialah duit. Dimana Anwar nak cari duit untuk memastikan calon mereka menang bertanding dalam pilihanraya? Ini jawapannya.

Kita semua pernah mendengar bahawa Anwar Ibrahim pernah mengeluarkan kenyataan dimana beliau menyokong resolusi keselamatan Israel walaupun negara itu adalah sebuah negara yang dimiliki secara rampasan oleh puak Yahudi daripada rakyat Palestin.

Persoalannya kenapa Anwar menyokong resolusi ini? Adakah ianya seperti yang dinyatakan oleh Anwar hanya sebagai manipulasi sebuah akhbar? Atau ada udang disebalik batu?

Sangkakala pernah terdengar daripada seorang kenalan bahawa Anwar Ibrahim mempunyai hubungan baik dengan kerajaan beberapa buah negara termasuklah negara Israel, dan negara-negara ini memerlukan sesuatu yang ada di Malaysia, untuk mendapatkan barangan atau bahan tersebut mereka perlu memberi peluang kepada Anwar untuk menang sebagai Perdana Menteri Malaysia, kerana sudah menjadi polisi kerajaan Malaysia pada masa ini untuk meneliti serta memperhalusi setiap permintaan dari negara luar tentang bahan ataupun barangan yang ada di negara ini.

Jika sekiranya Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri, maka negara-negara ini dengan mudah mendapatkan apa sahaja yang mereka ingini dan hajati. Untuk menjadikan kemenangan ini, negara-negara tersebut perlu atau harus mengeluarkan belanja atau dana bagi merealisasikan apa yang dihajati oleh Anwar serta rakan-rakan sekutunya di negara-negara yang terbabit.

Cuba para pembaca semua fikirkan kembali apa yang Sangkakala katakan ini, sama ada ianya betul atau tidak. Jika ditakdirkan Anwar menang dalam pilihanraya dan diletakkan oleh Pakatan Rakyat sebagai Perdana Menteri, adakah negara-negara ini akan berdiam diri? Sudah pasti mereka akan menuntut kembali dari Anwar apa yang telah mereka laburkan seperti hutang ALONG yang perlu dibayar semula, tetapi ianya bukanlah berbentuk duit, mungkin ianya berbentuk bahan mentah seperti minyak sawit, getah dan sebagainya.

Mungkin ada sesetangah pembaca akan berfikir eloklah begitu, kerana minyak sawit akan melambung tinggi. Ini bukan masalah sama ada minyak kita akan melambung atau tidak, tetapi minyak sawit yang kini menjadi sumber pendapatan utama negara akan jatuh ketangan orang asing dimana mereka akan mengawal harga tersebut hinggalah ianya menjadi beban kepada kita dan seterusnya ramai pekebun-pekebun kecil sawit akan menjual tanah mereka.

Perlu juga diingat bahawa, jika Pakatan rakyat menang dalam PRU13 mereka akan mengubah perlembagaan negara dan tidak mustahil juga mereka akan mengubah kanun tanah negara yang mana tanah rizab melayu akan di hapuskan, seterusnya tanah-tanah pekebun kecil sawit tadi yang kebayakannya milikan orang-orang Melayu akan terjual kepada bangsa asing, mereka akan membeli tanah-tanah ini dengan harga yang murah dan setelah mereka mempunyai atau memiliki tanah-tanah ini maka harga sawit akan dilonjak kembali demi memberi keuntungan kepada si pemilik yang baru.

Apa akan jadi kepada kita semua? Adakah kita mampu untuk menebus semula tanah-tanah tersebut yang pastinya akan mejadi mahal ekoran kenaikan hasil keluaran atas tanah tersebut. Sudah pasti tidak dan kita akan terus merempat di negara sendiri akibat dari seorang manusia yang bernama Anwar bin Ibrahim yang berjaya menjual tanah air ini kerana kesilapan kita sendiri.

Kepada anak-anak muda sekalian, janganlah kita gadai tanah pusaka turun temurun datuk dan nenek kita ini, mereka telah berjuang selama lebih dari 400 tahun demi untuk memastikan kita dapat hidup dalam keadaan serba mewah pada hari ini tapi kita pula memberi kesengsaraan kepada anak cucu kita yang akan datang.

Hari ini kita berterima kasih kepada keturunan kita yang terdahulu, janganlah nanti dimasa hadapan kita mendapat makian serta cemuhan dari keturunan kita yang akan datang, kerana kita tidak mewarisi tanah air ini dari keturunan kita yang terdahulu, tetapi kita meminjamnya dari generasi yang akan seterusnya, kita adalah pencorak masa depan kerana ukiran telah dilakukan oleh generasi yang terdahulu.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Kita akan jadi peribumi Pulau Hawai...

Menjadi Bahan Tontonan pelancung...menari-nari untuk sesuap nasi...menjual diri untuk manyara keluarga....

Itukah yang dinamakan TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA?