Ahad, 4 Mac 2012

GEMPAR KEDUTAAN MALAYSIA DI LONDON LEMAH

Sangkakala menerima Email dari seorang rakan yang menetap di United Kingdom.

Apa yang mengejutkan Sangkakala ialah email yang di hantar oleh beliau pada kali ini amat berlainan sekali dari email-email yang dihantar sebelum ini.

Menurut rakan Sangkakala, beliau sudah tidak dapat memendam rasa tentang apa yang berlaku di sana.

Ini semua adalah tentang pihak Kedutaan Malaysia di London yang dikatakan gagal untuk memberi perkhidmatan dan bantuan kepada rakyat Malaysia yang berada atau datang ke sana.

Ikuti apa yang rakan Sangkakala hantar melalui email..

Assalammu'alaikum bro..

Nak kongsi satu cerita tentang pegawai kedutaan Malaysia di London. Smlm ada 1 perempuan ni telefon saya minta tolong, dia minta pendapat, dia blur dan kusut, dia hubungi saya sebab nak bertanya. Cerita dia mcm ni, 28hb jan bapa dia (single father) umur 50 lebih dtg melawat dia di UK. Sebelum bertolak dari Malaysia bapa dia demam sikit, sampai di airport bapa dia pengsan koma tak sedar diri sebab infection, jadi diorang terus bawa dia pergi masuk ICU. Bila masuk ICU, doc bagi tahu nadi bapa dia stop beberapa saat masa di airport dan bernyawa dengan bantuan alat pernafasan. Jadi terpaksa duduk di hospital ICU buat operation mcm2 nak selamat bapak dia, jadi doktor kenal pasti otak bapa dia mengalami sedikit kemusnahan, jadi budak ni sorang2 duduk jaga bapa dia dihospital, kesian budak tu buntu, Kos untuk sehari duduk dalam ICU kat sini £2980, sebab bapa dia pelancong jadi terpaksa kena bayar, jadi anak dia yang kusut telah hubungi kedutaan Malaysia dan menceritakan hal tersebut, Bila dihubungi, kedutaan Malaysia menjawap yang kedutaan takde menghulurkan apa-apa bantuan pertolongan kepada sesiapa yang datang ke UK guna visa pelancong. Budak tu terus bertanya lagi, boleh tak kedutaan uruskan penghantaran pulang bapa dia ke Malaysia...kedutaan cakap diorang tak boleh buat apa-apa kecuali keluarkan surat minta derma kepada org ramai sahaja, lebih malang lagi diberi jawapan, kenapa bapa kamu tak amik insurans perjalanan? Kalo tak amik memang susah, Kami tak boleh tolong apa-apa kecuali keluarkan surat minta derma, Nangis budak tu cerita kat saya, Kesian dan susah budak perempuan tu, kedutaan plak buat tak tahu, kalo tak boleh tolong kewangan, tolong lah bagi jalan atau bantu bg contact mcm mana nak buat atau ajar cara, ni tak, biar budak tu sorang-sorang kat hospital, Nasib baik kwn2 dia yg lain prihatin...dtg support dia bg semangat.Bdk tu bgth saya kalo tak boleh bantu duit takpe, bantulah bagi tahu cara apa patut dia buat, dia bukan kenal orang atau ada sumber maklumat macam kedutaan, asyik jawap soalan tidak tahu, duta tak boleh buat apa-apa kalau orang Malaysia datang sini guna visa pelancong dan tanpa insuran perjalanan, saya dengar pun saya sakit hati dengan jawapan yang kedutaan bagi, apa guna duta ada kat sini? Apa fungsi kalau tak boleh tolong rakyat kita bila dalam kesusahan di sini? Kerajaan Malaysia habis duit berjuta bayar gaji diorang kat sini, apa diorang buat saya pun tak tau, setakat urus pelajar masuk universiti pihak universiti pun boleh urus. Yang depa tau, menteri dtg depa kipas. 2 hari lepas bapa dah pinda ke ward biasa...keadaan semakin pulih...perlu hantar bapa dia dgn kadar segera sebab bimbang takut-takut ada lagi benda lain yg akan berlaku.Kos sini memang mahal, kesian budak tu sorang-sorang kehulu kehilir buat urusan penghantaran pulang bapa dia saya sekarang kat Scotland, kalau kat London pasti saya pergi bantu, Duta apa pon tak bantu, saya cukup sakit hati, bro tgk kat mana benda ni boleh kita sama2 bawa ketengah. Terima kasih.

Itu email yang rakan Sangkakala hantar pada Sangkakala. Sedih juga dengar cerita tu.

Persoalannya ialah, jika benar apa yang dilaporkan oleh rakan Sangkakala ni, apa dah jadi dengan kakitangan kedutaan kita disana? Setahu Sangkakala tujuan kita meletakkan kedutaan adalah untuk membantu serta memantau rakyat Malaysia.

Kerajaan Malaysia beriya-iya membenatu rakyat luar yang berada dalam kesusahan hingga sanggup bergadai nyawa dan tak kurang juga yang mati di tembak, tetapi bila rakyat kita sendiri, lain pulak jadinya.

Harap menteri yang bertanggungjawab dapat memantau atau meneliti apa yang dilaporkan oleh Sangkakala dan tolong pastikan ianya tidak berulang.

Kepada kakitangan kedutaan pula, kita di beri amanah serta tanggungjawab dan lakukanlah sepenuh hati.

4 ulasan:

Awanama berkata...

Pegawai kedutaan Malaysia di London bersikap kurang prihatin dan tidak langsung menghayati dasar kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Dato' Sri Najib, PM Malaysia iaitu Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Pegawai kedutaan Malaysia diLondon termasuk dutanya sekali patut diberikan kursus semula tentang penghayatan dasar kerajaan 'government of the day'. Mereka kemaruk nak jawatan dan ego. Tiada jiwa berkhidmat yang tulen untuk membantu kebajikan rakyat Malaysia. Sikap ini menggambarkan budaya kerja yang diamalkan di kedutaan Malaysia tidak cemerlang. Tidak mesra warga negara sendiri. Pihak PM dan JPA perlu beri perhatian perkara ini. Jangan JPA tutup mata dan nanti rakyat marah. Mungkin berlaku tsunami baru kebangkitan rakyat dengan sikap kurang bertamadun pegawai kedutaan Malaysia di London. Harapkan boleh membantu diwaktu kesusahan tapi meyakitkan hati rakyat. Pegawai dan dutanya sekali patut dipanggil pulang balik ke Malaysia. Beri kursus moral pada mereka.

Awanama berkata...

Salam,
Kami sangat simpati dengan nasib yang menimpa rakyat Malaysia tersebut.Malaysia terkenal dengan negara prihatin bila sesuatu bencana menimpa..terus bergegas memberikan pertolongan tapi bila rakyat sendiri yang memohon bantuan terus mengambil sikap sedemikian. Lain benar dengan apa yang diperkatakan oleh PM Malaysia 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Sekiranya PM tahu tentunya dia merasa terkilan dengan sikap kedutaan Malaysia di London itu.

Unknown berkata...

Salam sangkakala..blh mintak num utk wassap. .sbb in shaa allah nnt sy dan suami akn berhijrah ke scotland.. klo ad org knal n blh tny ap yg patit..syukur sgt..blh laa nnt wasapp sy dulu ye. Terima kasih.
0139882682 ni no sy..

Unknown berkata...

Salam sangkakala..blh mintak num utk wassap. .sbb in shaa allah nnt sy dan suami akn berhijrah ke scotland.. klo ad org knal n blh tny ap yg patit..syukur sgt..blh laa nnt wasapp sy dulu ye. Terima kasih.
0139882682 ni no sy..