Sabtu, 1 Jun 2013

DAP DIAMBANG KEMUSNAHAN

Persidangan CEC DAP yang penuh kontroversi pada tahun lepas telah membuatkan pemimpin pemimpin dalam parti tersebut menjadi gusar dan gundah gulana.

Ramai dikalangan ahli DAP yang layak untuk menjadi perwakilan telah dinafikan hak mereka untuk berbuat demikian.

Hasil siasatan ROS, ramai dikalangan ahli yang layak untuk menjadi perwakilan tidak menerima notis daripada parti dan menjadi perwakilan dalam pemilihan tersebut.

Adakah ini yang dikatakan oleh mereka demokrasi dalam parti? Hingga ada ahli yang dinafikan hak untuk membuat pilihan mereka dan mereka ini seolah olah dianak tirikan oleh parti sendiri.

Tapi kenapa kejadian ini boleh berlaku didalam DAP? Adakah kerana untuk memilih bulu maka mereka telah menidakkan hak hak ahli ini?

Semua ini perlu dijawab oleh parti DAP cuma apa yang menjadi keraguan ialah sekiranya mereka ini menjadi kerajaan, adakah hak rakyat juga akan dinafikan?

Ramai dikalangan pengikut pakatan pembangkang memuji kepimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang kononnya membantu dalam menaikkan syiar Islam tetapi apa yang sebaliknya berlaku semuanya hanyalah lakonan semata mata.

Nilai telah diletakkan oleh Lim Guan Eng dengan cara membeli roh orang melayu Islam dengan memberikan pelbagai kemudahan.

Tapi perlu diingat bahawa persoalan perlu dibuat, adakah perkara ini akan berlanjutan sekiranya mereka memenangi kerajaan pusat?

Atau perkara ini akan berhenti setakat itu sahaja? 

Kata Tun Mahathir, melayu mudah lupa dan ini adalah salah satu kealpaan yang selalu dilakukan oleh orang Melayu.