Sabtu, 10 Mei 2014

#prktelukintan MAH SIEW KEONG BAKAL BAWA KEKALAHAN BARISAN NASIONAL @NajibRazak

Sangkakala dengar Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berhasrat untuk bertanding semula di Teluk Intan dalam Pilihanraya Kecil kawasan Teluk Intan pada 31 Mei nanti.


Mah pernah menjadi ahli parlimen bagi kawasan Teluk Intan dan tewas di tangan calon DAP, Manogaran dan pada tahun 2013 beliau kalah sekali lagi kepada mendiang Seah Leong Peng.

Kalau tahun 2008, tsunami politik dimana kebanyakan rakyat dikhabarkan menolak Barisan Nasional namun pada tahun 2013 apa pula masalahnya?

Masalahnya disini, rakyat di Teluk Intan memang menolak kepimpinan Mah Siew Keong kerana beberapa sebab.

Sangkakala dimaklumkan, antara sebab sebab beliau tidak disenangi oleh pengundi Teluk Intan seterusnya menolak beliau ialah kerana cara perhubungan beliau di kawasan dan ada pelbagai lagi yang di sebut tapi Sangkakala rasa tak perlu Sangkakala huraikan disini.

Apa yang pasti ialah, rakyat sememangnya menolak kehadiran Mah Siew Keong sebagai ahli parlimen dan jika beliau diletakkan lagi sebagai calon PRK kali ini, Sangkakala amat yakin bahawa kekalahn Barisan Nasional sudah berada di ambang pintu.

Sudah dua kali Mah diberi peluang, namun kedua duanya tidak menampakkan peningkatan daripada kejatuhan beliau.

Kali pertama Mah mengalami kekalahan semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan kalau dihitung semula, pilihanraya umum sebelum tahun 2008, Barisan Nasional mendapat undi paling maksimum dan selaku Timbalan Menteri kekalahan beliau di kawasan kubu kuat Barisan Nasional adalah sesuatu yang amat memeranjatkan.

Tapi kalau kali ini beliau dicalonkan dan kalah sekali lagi, ini bukan sesuatu yang mengejutkan malah sudah dijangka daripada awal.

Jadi kepada kepimpinan, terutamanya Perdana Menteri yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional Malaysia, untuk meletakkan Mah, sama seperti sengaja melepaskan kawasan parlimen mampu menang kepada pihak lawan.

Sangkakala amat percaya, jika selain daripada Mah diletakkan sebagai calon, insyaallah kemenangan dapat kita kembalikan dan akan ada penambahan kerusi parlimen dalam Dewan Rakyat kelak.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika disitu ramai org MELAYU...TOLONGGGGGGG letak org umno... Bukan mca.. Takde kawasan cina yg dimenangi mca kecuali kawasan majoriti org umno..MELAYU..

MCA dah melampau.. Bersekutu dgn dap dlm bab ISLAM dan bangsa..

Susah dlm parlimen atau adun jika kita nak dpt sokongan undi yg melibatkan Islam atau bangsa. Cth HUDUD... Bukan main hebat lagi mulut besar mca..

Lihat penang..cina berkuasa.. Melayu dihalau... Apasal kita nak bagi kawasan majoriti MELAYU kat cina mca.. Biar mca lawan kawasan cina sesama.cina dap..

Pastikan pru akan dtg..lihat majoriti bangsa kawasan yg diwakili... Pastikan melayu.. bumiputera..diwakili CALON UMNO...

Tanpa Nama berkata...

Kawasan ni yg layak undi.. Bangsa apa wehhh??????

Jika MELAYU.. Plsssssss letak nama calun UMNO...

Satu lagi..jgn beri apa pun kat cina...jgn PERBODOHKAN DIRI MERENDAH DIRI KAT CINA KAFIR