Selasa, 13 Mei 2014

KESETIAAN MAT SAID BERSAMA UMNO MEMANG RAPUH DAN LONGGAR

Semalam telah berlaku satu situasi dimana Menteri Besar Terengganu telah bertukar dari pada Datuk Seri Ahmad Said kepada YB Dato Ahmad Razif.


Upacara mengangkat sumpah telah diadakan di Istana Terengganu pada malam tadi dan selang beberapa jam kemudian, mantan Menteri Besar telah bertindak keluar daripada parti diikuti oleh seorang lagi dan kini dikatakan ada 4 orang lagi ADUN dari Barisan Nasional mengikut tindakan sama.

Alasan Mat Said amat mudah kenapa beliau bertindak keluar daripada UMNO dana alasan yang beliau berikan adalah kerana anak beliau akan berkahwin pada 17 Mei nanti dan beliau mengatakan bahawa beliau telah memaklumkan hal ini kepada Perdana Menteri.

Persoalan disini, adakah Mat Said akan melepaskan jawatan Menteri Besar secara jujur jika peluang untuk menunggu sehingga majlis perkahwinan itu berlangsung diberikan?

Atau adakah perkara sama akan berlaku dimana beliau akan keluar dari UMNO dan bertindak menjadi ADUN bebas di negeri tersebut?

Apa yang Sangkakala lihat, Mat Said tetap akan bertindak keluar dari UMNO walau apa peluang diberikan kepada beliau ketana bagi Sangkakala, pemimpin seperti ini hanya memerlukan jawatan dan bukan berpaksi kepada perjuangan.

Sangkakala juga berani mengatakan bahawa Mat Said pada hari ini ialah pengkhianat kepada UMNO dan derhaka terhadap Sultan Terengganu.

Kenapa Sangkakala derhaka?

Malam tadi DYMM Sultan Mizan telah berkenan untuk menerima perlantikan Menteri Besar yang baru dan Baginda berkenan untuk menerima upacara angkat sumpah Menteri Besar yang baru.

Tapi selepas beberapa jam, Mat Said bertindak keluar dari UMNO bersama seorang lagi ADUN yang membuatkan Barisan Nasional yang menjadi kerajaan dan Menteri Besar yang baru dilantik tidak mendapat majoriti kerusi bagi menjalankan tugas seperti biasa.

Ini juga membuktikan bahawa Mat Said tidak menerima perkenan Tuanku Sultan diatas perlantikan Menteri Besar tersebut.

Mungkin ramai yang menyokong apa yang dilakukan oleh Mat Said sebab alasan yang beliau berikan, tapi bagaimana pula dengan ADUN ADUN yang tidak ada kena mengena dengan majlis tersebut? Apa pila alasan mereka?

Walaupun begitu, Sangkakala tidak mengatakan semua pemimpin gilakan kuasa dan jawatan sepertimana Mat Said, ada juga beberapa pemimpin yang pernah menerima nasib sama tetapi masih lagi setia bersama dengan UMNO.

Sangkakala ambil contoh Tan Sri Isa Samad yang pernah menjawat jawatan Naib Presiden dan kemudian ditarik balik dan digantung dari keahlian namun masih lagi setia bersama sama UMNO hingga ke hari ini.

Tapi bagaimana pula dengan Mat Said yang mengambil tindakan menongkah arus setelah tidak memegang jawatan sebagai Menteri Besar?

Sangkakala rasa ada baiknya juga pertukaran Menteri Besar dilakukan di Terengganu kerana dengan itu kita dapat melihat sejauh mana kesetiaan dan rupa sebenar pemimpin di peringkat negeri Terengganu.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita xde kt tempat mat said bro...kite marah bile die tikam blakang kite, tp die x bleh marah plak bile kite tikam blakang die? atleast hargailah jasa2 yg pernah dia wat dlu...hopefully keputusan nie sama ade baik atau buruk akibatnya najib brani kate die yg buat keputusan....jgn nk salahkan orang lain, die patut sedar akan akibat2 dari satu2 keputusan yg dibuat

zulkarnain ibrahim berkata...

Skrg ley ckp LA..masa di Perak Latin plak cter Kau

Tanpa Nama berkata...

Sbg ahli UMNO ckup memalukan kalau anak nak kahwin dijadikan alasan sedang kan masa yg diberi selama 1 tahun.
Apa la UMNO ini GILA ke?

Tanpa Nama berkata...

Najib kena buang bg bersih UMNO terengganu jgn takut jawatan Presiden UMNO tergugat Insyaallah ahli2 UMNO dibelakang Presiden.

Yg penting pemimpin UMNO gila buang terus walaupun pangkat tinggi sekalipun.

anti-LGBT , PR dan Ad-Dajjal berkata...

Yang penting le ni kerajaan BN Terengganu dah kat hujung tanduk. Kalo PAS panggil sidang DUN dan istihar BN dah hilang kepecayaan memerintah...amacam?? Kalau seorang lagi ADUN UMNO keluaq...amacam?? Punahsihat2 da KONsultan2 PM tak baca ke semua senario tu?