Tadi Sangkakala terbaca dalam akhbar Harakah yang mana ada satu penulisan tentang calon DAP dikatakan menjadi ketakutan kepada Barisan Nasional.
Tapi tak lama selepas membaca artikel tersebut, Sangkakala telah menerima dua keping gambar yang dihantar melalui sistem mesej whatsapp oleh seorang rakan.
Gambar tersebut menunjukkan billboard calon Barisan Nasional telah disembur dengan cat hitam dan kejadian ini dikatakan berlaku di jalan Changkat Jong Teluk Intan.
Kalau benar calon DAP ini menjadi ketakutan kepada Barisan Nasional, kenapa puak puak pakatan ni membuat sabotaj keatas billboard calon Barisan Nasional?
Ini jelas menunjukkan bahawa Datuk Mah Siew Keong sebenarnya yang menjadi ketakutan terhadap Pakatan Pembangkang dan kini mereka mula melakukan tindakan agresif dengan merosakkan poster, billboard dan sebagainya.
Semua rakyat di Teluk Intan tahu bahawa Datuk Mah Siew Keong pernah menjadi ahli parlimen Teluk Intan satu masa dulu dan menjawat jawatan Timbalan Menteri dakan kabinet dan penduduk di Teluk Intan tidak mengira apa keturunan atau agama sama sama mendapat bantuan daripada beliau.
Sepanjang manjadi Timbalan Menteri, kawasan Teluk Intan tidak pernah ditinggalkan dan rakyat di sekitar kawasan parlimen ini juga sentiasa dipantau keperluan mereka dan Datuk Mah Siew Keong juga tidak teragaka agak untuk membawa permasaalahan rakyat kepada pihak kepimpinan negara.
Tapi bagaimana pula dengan calon DAP? Apakah calon ini tahu selok belok segenap ceruk rantau dalam kawasan Parlimen Teluk Intan memandangkan beliau bukanlah anak Teluk Intan seperti Datuk Mah Siew Keong.
Sangkakala rasa kalau nak melawat kawasan buat masa sekarang pun, calon DAP ini memerlukan seorang jurupandu arah bagi membantu beliau membuat lawatan dan adakah perkara ini aoan berlaku sekiranya calin ini menang?
Sangkakala amat yakin dan percaya bahawa calon DAP ini hanya akan melakukan lawatan sementara beliau belum memenangi pilihanraya dan sekiranya diakdirkan beliau menang, maka apa yang dilakukan oleh ahli parlimen DAP pada tahun 2008 hingga 2013 akan berulang sepertimana yang Sangkakala tuliskan dalam artikel sebelum ini.
Sangkakala suka ingatkan kembali para pembaca khususnya para pengundi kawasan Teluk Intan perihal yang berlaku pada penggal 2008-2013 yang lau dimana, ahli parlimen DAP, Manogaran tidak muncul muncul selepas kemenangan beliau di dalam pilihanraya umum ketika itu.
Segala permasaalahan rakyat tidak diambil peduli hinggakan ada dikalangan rakyat di Teluk Intan tidak mengetahui siapa ahli parlimen mereka.
Jadi, sebagai pengundi Teluk Intan, para pembaca perlu memikirkan sedalam dalamnya sebelum memberi undi jepada DAP yang jelas hanya mahukan lebihan kerusi parlimen, tetapi bukan untuk memajukan kawasan atau membantu rakyat dalam menangani permasaalahan setempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan