Nampak gayanya DAP sekarang terperangkap dengan penipuan calonnya sendiri dan paling malang nampaknya apek tua bernama Lim Kit Siang juga telah tertipu dengan kelicikan calon DAP di Teluk Intan.
Kalau sebelum ini calon DAP ini mengatakan bahawa ibu beliau tidak pernah terlibat dengan PERKASA, hari ini kenyataan mengakui bahawa beliau sendiri pernah membantu ibunya mendaftarkan ahli pertubuhan tersebut dikeluarkan.
Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan pengakuan bekas EXCO Kerajaan negeri Perak, Dato Hamidah Osman dalam video dibawah.
Selama ini DAP amat kuat mengecam PERKASA kerana dikatakan pertubuhan itu rasis atau lebih kepada sikap perkauman.
Tapi mungkin juga calon DAP ni menipu parti yang disertainya semata mata untuk mendapat jawatan dan pangkat.
Kalau calon ini pernah mengkhianati pertubuhan yang disertai oleh beliau? Adakah beliau tidak akan mengkhianati bangsanya dan sekarang pun Sangkakala dah nampak dengan jelas bahawa calon melayu ini mengkhianati orang melayu dengan menyertai parti yang selama ini menidakkan hak orang orang Melayu.
Macam mana pulak dengan Lim Kit Siang? Agaknya hancing kena kencing dengan budak perempuan ni.
Kepada pengundi Teluk Intan, hati hatilah sikit sebab penipu besar dah masuk kampung kita dan orang macam ni kita kena halau jauh jauh supaya hancing yang dibawa oleh dia ni tak melekat pada kita semua dan yang paling penting sekali kita takkan di kencing oleh budak pempuan ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan