Rabu, 14 Mei 2014

@hishammuddinH2O BASPEL PERSATUAN PEMANDU ATAU PERSATUAN PENYAMUN

Pernah dengar pasal BASPEL atau lebih dikenali sebagai persatuan pemandu bas pelancong 1 Malaysia?

Mungkin para pembaca sekalian tak pernah dengar nama persatuan ni kan?

Jadi disini Sangkakala akan cerita kan sedikit sebanyak tentang BASPEL yang sebenarnya giat mencari peruntukan untuk melakukan aktiviti disamping mencari gaji bulanan untuk para pengikutnya.

Kenapa Sangkakala kali ini tiba tiba teringat untuk menulis tentang BASPEL? Sebab ada tragedi yang melanda kepada para peserta yang mengikuti rombongan persatuan ini ke Sabah pada bulan April yang lalu.

Ceritanya bermula begini, Sangkakala mendapat laporan daripada peserta rombongan media dimana kononnya mereka ini dijemput untuk membuat liputan berkaitan dengan regata di Semporna Sabah.

Pada permulaan perancangan memang ianya amat baik sekali dan perancangan yamg dibuat seolah olah tersusun dengan rapi, tapi apanyang berlaku setelah sampai ke negeri dibawah bayu, amatlah mendukacitakan.

Peserta dikatakan telah bertolak dari Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan MAS yang ditaja sepenuhnya oleh Syarikat penerbangan tersebut tetapi, ada pula peserta yang dikatakan terpaksa menaiki pesawat AirAsia.

Macam mana boleh jadi macam tu? Adakah BASPEL menggunakan peruntukan tersebut ke jalan lain?

Sangkakala membuat sedikit risikan daripada kementerian pengangkutan dan dari apa yang dimaklumkan kepada Sangkakala, pihak kementerian ada mengeluarkan peruntukan untuk membiayai perbelanjaan para paserta yang terlibat tapi dari apa yang Sangkakala dimaklumkan setelah membuat pertanyaan kepada peserta, tidak ada satu sen pun yang diberikan kepada para peserta.

Kemana agaknya duit peruntukan tersebut telah hilang?

Setibanya di Sabah, peserta juga kononnya telah diagih agihkan atau dipecah pecahkan kumpulan yang mana kalau mengikut perjanjian asalnya, peserta ditempatkan di sebuah hotel, tetapi perkara sebaliknya telah berlaku.

Disini Sangkakala nak beritahu sikit pada Menteri Pengangkutan, walaupun persatuan ini menggunakan nama 1 Malaysia, sila pastikan dahulu siapa disebalik persatuan ini.

Setahu Sangkakala, tugas persatuan adalah untuk mengambil berat tentang ahli mereka dimana dalam kes BASPEL, Sangkakala tidak nampaj persatuan ini berbuat demikian.

Apa yang dilakukan oleh persatuan ini menurut apa yang diberitakan kepada Sangkakala, hanyalah untuk mengisi tembolok pengerusi serta ahli jawatankuasa yang mana mereka menggunakan nama persatuan untuk mendapatkan peruntukan.

Jadi kepada Menteri yang bertanggungjawab, Sangkakala minta supaya persatuan ini disiasat apa tujuan sebenar penubuhannya dan adakah ianya mengikut sepertimana yang dirancangkan.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

buspel aizat mcm samseng jalanan

Tanpa Nama berkata...

Tak puas hati ckp depan2 la..tak tahu cerita yg betol jangan nak main petik je abang brader oi..sedihh la tgk org mcm lu ni..