Khamis, 9 Mei 2013

GUAN ENG KHIANATI ANWAR IBRAHIM

Malam tadi diadakan himpunan tolak keputusan pilihanraya 13 oleh pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim di stadium Kelana Jaya, ada yang kata 50 ribu orang yang hadir dan ada pula yang kata 100 ribu lebih.

Tapi tak kisah le berapa yang lebih berapa yang kurang. Apa yang penting ialah sejauh mana pakatan pembangkang bersetuju secara bersama dalam isu ketelusan pilihanraya umum kali ni?

Di Ibu Negara mereka mengatakan bantahan, tapi di negeri negeri yang mereka perintah seperti Pulau Pinang dan Kelantan pakatan pembangkang tidak sabar sabar untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri dan Menteri Besar.

Jadi dimana kata mereka tidak setuju dengan proses pilihanraya kali ni? Atau adakah kerana mereka tidak mendapat undi majoriti sebagai kerajaan maka mereka membuat protes ke atas keputusan tersebut?

Dan di negeri negeri tempat mereka menang maka mereka berpuas hati dan dengan tidak sabar mereka menubuhkan kerajaan negeri.

Nampak sangat ketidak matangan pembangkang dalam isu ini, yelah..mana tempat menang setuju dan sokong, di tempat yang kalah mereka protes, adakah itu yang dikatakan matang dalam berpolitik?

Tapi apa yang pastinya Anwar sudah boleh melihat dan berfikir bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kelantan tidak bersama sama dengan beliau dalam isu tersebut.

Jika Guan Eng bersetuju sudah pastilah Guan Eng serta Menteri Besar yang baru di Kelantan tidak akan mengangkat sumpah sebagai ketua kerajaan negeri masing masing.

Sekarang siapa perkudakan siapa untuk mendapat kuasa? DAP kudakan PKR dan PKR kudakan PAS, apa yang lebih malang lagi apabila DAP juga perkudakan PAS  untuk membentuk kerajaan.

Seorang rakan blogger Sangkakala juga berfikiran yang sama, kita tengok apa kata beliau DISINI