Anwar Ibrahim hanya membawa para pengikut pakatan pembangkang hanya kerana undi popular yang dimenangi oleh pakatan itu sebelum ini.
Mereka membuat himpunan kononnya ada kes blackout yang membolehkan Barisan Nasional menang dalam pilihanraya baru baru ni.
Tapi kenapa tak buat himpunan untuk menentang CEC DAP yang secara terang terangan tidak telus dalam pemilihan ahli jawatankuasa DAP yang lepas yang mana terdapat kesilapan dalam pengiraan undi sebanyak 800 lebih bagi seorang calon?
Itu juga perlu dibuat bantahan sebenarnya kerana ianya dilihat sebagai satu pilihanraya dalam parti yang dibuat untuk memilih ahli jawatankuasa.
Anwar sepatutnya membuat bantahan diatas keputusan pemilihan tersebut memandangkan beliau adalah ketua pembangkang dan menjadi ketua kepada pakatan pembangkang yang diwakili oleh PAS, DAP dan PKR.
Anwar tidak mempedulikan semua itu dalam menuntut sebuah pemilihan yang telus.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan telah mencabar ahli ahli parlimen yang diwakili oleh pembangkang untuk tidak hadir dalam parlimen bagi upacara angkat sumpah.
Ini boleh menunjukkan bahawa mereka benar benar memprotes keputusan pilihanraya yang lalu.
Tapi adakah mereka mahu berbuat demikian sedangkan dalam protes pun mereka telah mengangkat sumpah sebagai ketua menteri dan menteri besar.
Disini kita dapat melihat betapa terdesaknya Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, dan tindakan ini seolah olah menunjukkan bahawa beliau telah terhutang dengan satu satu pihak dan ianya perlu dilunaskan dengan menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.
Jadi ianya perlu mendapat pemerhatian dan kajian khusus oleh rakyat yang jadi penentu kepada pemilihan satu satu kerajaan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan