Jumaat, 17 Mei 2013

ZAHID HAMIDI MULA BERSUARA

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

Sangkakala rasa ada betulnya apa yang Datuk Seri Zahid katakan tu, sebab kita amalkan sistem pilihanraya yang sama sebanyak 12 kali sebelum ini dan tidak ada pertikaian yang membabitkan sistem pilihanraya.

Namun pilihanraya pada kali ini telah di manipulasi oleh Anwar Ibrahim dengan mengatakan bahawa beliau lebih popular daripada Perdana Menteri, Anwar ingat dia popular dia layak untuk jadi Perdana Menteri ke? Itu cara pemilihan presiden Amerika, bukan cara pilihanraya kita.

Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular.

Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.

Pakatan Rakyat berjaya meraih undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN sebanyak 48.22 peratus.

Golongan penyokong tersebut sepatutnya menerima sistem  politik dan pembentukan kerajaan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan, sekiranya mereka benar-benar setia kepada negara ini.

Para pengikut pakatan pembangkang juga hendaklah mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat se bagaimana yang terdapat dalam sistem first past the post yang terpakai buat sekian lama di negara ini.

Perhimpunan haram yang dianjurkan secara road show hanya merupakan escapism untuk lari daripada menerima hakikat kegagalan pembangkang untuk menguasai Putrajaya.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: