Walaupun Festival Belia PutraJaya telah pun tamat pada hari Ahad yang lepas, Sangkakal ingin berkongsi sedikit kepincangan dan kesilapan yang terdapat didalam program tersebut, bukan niat Sangkakala untuk mengatakan program itu tidak bagus, tapi pengelola untuk program tersebut membuatkan orang merasa muak jelak dan meluat untuk menghadiri program belia Putrajaya akan datang.
Nama program semakin lama semakin hebat dan semakin besar, dari pada Hari Belia dinaikkan kepada Himpunan Belia lepas tu Himpunan Jutaan Belia dan kini Festiva Belia, apabila ianya digelar sebagai Festival sudah pasti akan hebat dari segala gala hal dan tidak boleh dikatakan kepincangan sikit sikit tu biasa kerana untuk mengadakan Festival, perancangan perlu rapi serapi rapinya dan jika boleh tidak langsung kelihatan cacat cela yang boleh merosakkan program.
Baik, disini Sangkakala ingin beritahu beberapa perkara tentang kepincangan yang Sangkakala katakan seperti tajuk diatas, jangan nanti orang kata isi tak sama macam tajuk pula dan harapan Sangkakala ianya diambil sebagai iktibar untuk kebaikan dan kelangsungan program ini di kemudian hari.
Yang Berhormat Khairy Jamaluddin juga perlu mengambil iktibar kerana beliau merupakan Menteri yang baru sahaja dilantik untuk memegang portfolio sebagai Menteri di Kementerin Belia dan Sukan jadi apa bila ada sesetengan pihak menyalahkan beliau kerana kepincangan kepincangan ini Sangkakala rasa memang tidak kena pada tempatnya.
Sangkakala lihat pada tahun ini kehadiran ke PutraJaya oleh golongan belia adalah amat kurang berbanding tahun lepas, dan Sangkakala suka bertanya kepada beberapa orang belia yang boleh dikatakan pemimpin juga kenapa situasi ini boleh berlaku? Jawapan yang amat mudah diberikan oleh mereka ialah, kurangnya promosi dan promosi tidak dilakukan sehebat dulu yang mana setiap hari akan keluar pelbagai berita sempena himpunan jutaan belia di Putrajaya yang membuatkan para belia tidak sabar sabar untuk menunggu tarikh tersebut untuk sama sama terlibat.
Dan seperti yang Sangkakala katakan tadi, itu adalah salah satu dari kepincangan kenapa sambutan agak kurang memberangsangkan pada tahun ini.
Beberapa lagi perkara yang Sangkakal lihat boleh mencacatkan pemandangan serta pemikiran hadirin juga dapat dikesan sepanjang program mega tersebut antaranya ialah, Sampah yang dilihat bertaburan dan berselerakan serta tidak diangkut oleh syarikat yang diberi tanggungjawab.
Jika tahun lepas, sampah sampah ini akan diangkut serta diselesaikan pada jam 12 tengah malam oleh syarikat yang diberi tanggungjawab namun tahun ini ianya mencacatkan pemandangan kerana sampah bertaburan dan kalau tak silap Sangkakala, YB Khairy juga ada mengambil gambar di beberapa kawasan yang mana sampahnya tidak diselenggara dengan baik.
Begitu juga dengan kadar sewa yang dikenakan dikatakan terlalu mahal hingga membuatkan peniaga peniaga merungut hingga ada yang balik sahaja tanpa mendapat walaupun gaji untuk mereka sendiri bahkan mereka ini terpaksa mengeluarkan duit poket bagi menampung kos sewa gerai yang tinggi melambung.
Sangkakala sendiri makan di salah sebuah gerai di bawah bangnan Kementerian Belia dan Sukan, khemah yang berukuran 10' x 10' dikenakan sewa sebanyak RM 2500 untuk 4 hari, nak jual apa kat situ? makanan atau minuman atau benda berharga? kita semua tahu bahawa sewa khemah untuk sekali pasang maksimum adalah sebanyak RM 350 tapi kenapa sewa sampai RM2500? Adakah tax dikenakan untuk para penyewa ini atau ada pihak yang berkongsi sama keuntungan?
Bagi penyelenggaraan gerai gerai pula, pada hari pertama lagi sudah berlaku permasaalahan dimana bekalan air bersih tidak dihantar atau tidak dibekalkan kepada para peniaga dan ini menjadi satu kerumitan dan ianya juga sudah menjadi satu permasaalahan dimana para peniaga ini sudah tentu memerlukan bekalan air bersih bagi memasak makanan dan untuk membuat air dan sebagainya, ramai yang telah merungut dan mereka mendakwa, selama 4 hari berniaga hanya 3 hari yang buka sepenuhnya namun masih tidak dapat menanggung kerugian apabila ada sewa yang dikenakan hingga RM 6000 di sesetengah kawasan untuk khemah berukuran 20' x 20'.
Ada juga permasaalahan dimana bekalan elektrik yang selalu terputus dan apabila pihak kontraktor bekalan dihubungi untuk memeriksa bekalan, mereka akan mengambil masa 2 ke 3 jam untuk sampai ke kawasan tersebut dan bila ditanya kenapa selewat itu ketibaan mereka maka jawapan yang agak sedih diberikan iaitu tidak cukup kakitangan penyelenggaraan, jawapan yang tidak dapat diterima akal untuk sebuah program besar seperti itu.
Disini Sangkakala ingin membuat sedikit teguran kepada KBS, terutamanya kepada Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, berkhidmatlah dengan ikhlas demi untuk negara kerana kami para belia sentiasa memerhatikan anda semua.
Bagi Sangkakala dengan memberikan semua kerja kerja lapangan kepada Syarikat Stadium First seperti ada yang tidak kena, macam ada udang disebalik batu, dan untuk makluman, Sangkakala juga ada bukti bahawa ada yang terlibnat dalam Stadium First, kalau naki cari makan pun agak agak la sikit, jangan sampai menyusahkan orang lain, seperti yang Sangkakala katakan, YB Khairy baru sahaj memegang portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan, tapi buila perkara ini terjadi, orang pertama yang akan dipersalahkan adalah beliau walaupun yang merancang dan mengelola program tersebut adalah dua orang yang Sangkakala sebutkan tadi iaitu KSU dan TKSU dan dibantu oleh beberapa orang lagi yang sudah pastinya adalah orang mereka sendiri.
Dengan membiarkan Boss mereka di maki hamun kerana mereka unginkan keuntungan, rasanya adalah satu tindakan yang amat amat tidak betanggungjawab dan seharusnya mereka ini pun telah terlalu lama dalam KBS, jadi apa kata jika mereka ini digantikan dengan orang lain, begitu jugta dengan sekretariat Hari Belia Kebangsaan, Sangkakala lihat tidak berfungsi sepenuhnya seperti yang diharapkan kerana apa? Kerana sudah ada unsur unsur perniagaan disitu.
Sangkakala juga rasa ada beberapa perkara lagi perlu dibetulkan dalam pengurusan Festival Belia seperti ini di kemudian hari, antaranya ialah, terdapat beratus acara yang melibatkan belia dan kementerian kementerian dalam festival berkenaan dan cadangan Sangkakala disini ialah, acara acara yang melibatkan kemeterian sahaja diuruskan oleh kementerian belia sedangkan program program lain boleh diuruskan oleh Majlis Belia Malaysia memandangkan ianya adalah hari belia.
Ini juga dapat dilihat agar festival belia ini di berikan kepercayaan kepada para belia untuk menguruskannya disamping beberapa perkara dapat diberikan penambahbaikan, buka apa, bila dah nampak akan ada keuntungan mulalah akan ada juga yang mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan secara berlebihan.
Satu lagi sebelaum Sangkakala terlupa dan menutup artikel ini adalah berkenaan kenyataan YAB Perdana Menteri pada tahun lepas bahawa PutraJaya adalah milik golongan belia selama program ini berlangsung, tetapi itu pada tahun lepas, tahun ini memperlihatkan satu kelainan dimana ianya tidak seperti yang diungkapkan oleh YAB Perdana Menteri.
Semua pejabat kerajaan ditutup pada tahun ini hingga membuatkan para pengunjung merasa sedikit kesukaran terutamanya untuk menunaikan solat dan sebagainya, ini kerana jika tahun lepas, semua pejabat tersebut dibuka penggunaan untuk solat dan sebagainya tapi Sangkakala dengar pada tahun ini atas arahan ketua Setiausaha Negara, semua bangunan tersebut ditutup dan hanya pejabat Kementerian Belia dan Sukan yang dibuka, dan jika pengunjung ini bersolat atau ke tandas terpaksa berjalan kaki ke Masjid Sultan Mizan atau ke pejabat KBS, ini adalah satu kesukaran memandangkan festival berkenaan menggunakan kawasan yang agak luas dan untuk ke tempat yang Sangkakala katakan tadi agak jauh.
Memang terdapat tandas tandas yang disediakan tetapi dengan ketiadaan air serta penyelenggaraan yang tidak sempurna juga menyusahkan para pengguna kerana tandas tersebut juga diletakkan di tepi tepi jalan dan ada para pengunjung terutamanya wanita agak segan untuk masuk ke tandas tandas berkenaan.
Ini semua perlu diambil sebagai pengajaran dan iktibar agar satu masa nanti tidak akan hanya tinggal para petugas di festival berkenaan dan ianya tidak mampu untuk mengumpulkan para belia.