Isnin, 27 Mei 2013

#505 BUKTI ANWAR ADALAH PENGUNDI HANTU YANG SEBENAR

Heboh sangat pengikut pakatan pembangkang dengan laporan yang mengatakan bahawa terdapat pengundi hantu dari Bangladesh dan ianya disebut sepanjang tempoh pilihanraya dan hingga kini ianya masih disebut sebut lagi. 

Hari ini Anwar Ibrahim dikatakan telah membuat satu laporan polis pula untuk menunjukkan bahawa beliau dipihak yang benat walau pun ianya tidak begitu dan Sangkakala berani mengatakan bahawa ianya hanyalah lakonan semata mata.

Namun apa yany Sangkakala akan keluarkan pada artikel kali ini ialah satu kebenaran tentang pembohongan Anwar dan Sangkakala akan buktikan bahawa Anwar Ibrahim adalah pengundi hantu yang sebenar. 

Pengikut pakatan pembangkang juga heboh mengatakan tentang kewujudan beberapa nama dalam satu rumah dan mereka juga mendakwa bahawa rumah itu sengaja dialamatkan kepada penama terbabit semata mata untuk mendapat undi.


Nampak nama yang ada di dalam senarai daftar pemilih diatas? Zaiful Ayu Ibrahim adalah pemilik kepada rumah tersebut kerana Sangkakala amat kenal dengan keluarga beliau, tapi kenapa pulak Anwar menggunakan alamat yang sama?

Setahu Sangkakala,  Zaiful Ayu Ibrahim tidak ada kena mengena dengan Anwar Ibrahim walaupun nama bapa mereka berdua adalah sama dan ini lah persoalan yang perlu di jawab oleh Abang Not yang sebenarnya.

Siapakah yang menjadi pengundi hantu selama ini? Adakah Anwar mahu mengaku bahawa beliau juga merupakan pengundi hantu yang mengalamatkan nama beliau serta isteri di rumah atau kediaman orang lain?

Minta kepada macai macai pakatan pembangkang untuk meminta jawapan sahih daripada Anwar Ibrahim tentang perkara ini sebab selama ini mereka juga yang terlalu banyak mempertikai satu satu alamat pengundi dan dengan sesuka hati meletakkan orang lain sebagaipengundi hantu.

Nak buktu lagi?  Sangkakala keluarkan pula gambar rumah tersebut untuk memudahkan pertanyaan atau soalan diajukan kepada Abang Not nanti oleh para pengikut beliau.


Nampak rumah yang beralamat sama dengan alamat Anwar Ibrahim seperti diatas? Lepas ni tengok gambar bawah pulak, adakah Anwar Ibrahim menyokong Barisan Nasional?  


Hehehehe..mau pulak Anwar Ibrahim menegakkan bendera UMNO dan poster Barisan Nasional di rumah beliau jika ianya benar benar kediaman Anwar di Permatang Pauh.

Untuk pengetahuan semua juga, pemilik kediaman ini telah beberapa kali mengadu bahawa Anwar Ibrahim menggunakan alamat kediaman beliau dan beliau tidak merelakan rumah beliau dijadikan tempat untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding di Permatang Pauh. 

Jadi apa lagi tunggu wahai para pengikut tegar pakatan pembangkang, tidakkah anda semua ingin mengajukan soalan cepumas ini kepada as-sheikh Anwar Ibrahimmul juburi tentang rumah beliau di Permatang Pauh berkenaan?

Mari kita tunggu beramai ramai, apa pula kata Anwar selepas ini, adakah beliau akan mengaku bahawa beliau juga merupakan pengundi hantu yang sebenar benarnya hantu atau tidak.