Khamis, 16 Mei 2013

DAP TOLAK HIMPUNAN JALANAN

Apa dah jadi ni? DAP sendiri menolak himpunan jalanan yng dikatakan akan diadakan oleh pengerusi ABU (asal bukan umno) pada jumaat atau sabtu ni nanti?

Dah takde kata sepakat ke antara DAP dan pebgikut pajatan pembangkang ni agaknya.

Kalau Karpal pun dah bersuara mengatakan bahawa mereka tidak akan berjaya menggulingkan kerajaan Barisan Nasional dengan himpunan sebegitu apatah lagi pengikut DAP yang lain.

Karpal mengatakan bahwa ada cara lain yang lebih baik berbanding dengan berhimpun di jalanraya kerana ianya walaupun dikatakan dalam keadaan aman tapi masih mengganggu orang ramai.

Tapi mau ke Anwar dan para pengikutnya mendengar nasihat daripada Karpal? Sangkakala tak nampak perkara tersebut akan berlaku.

Anwar dan para pengikutnya akan sentiasa mencuba untuk menjadikan keadaan bertambah huru hara demi untuk memperjuangkan hak beliau yang telah dinafikan oleh rakyat dalam pilihanraya yang lepas.

Matlamat Anwar cuma satu iaitu ingin menjadi Perdana Menteri, maka oleh itu beliau akan tetap membawa para pengikut untuk turun dan membuat kacau.

Pihak bertanggungjawab perlu mengambil satu langkah dalam usaha untuk mengekang perkara yang tidak riinginibini dari pada berlaku dan seterusnya mengganggu orang awam.