Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan untuk mengambil tindakan tegas keatas peniaga yang menaikkan harga barang adalah amat tepat.
Jika dilihat pada hari ini, peniaga kadang kadang dengan sewenang wenangnya menaikkan harga barang semata mata untuk mengaut keuntungan lebih.
Dengan kenaikan harga barang tersebut, biasanya pihak kerajaan akan dipersalahkan oleh pembangkang dan pembangkang akan mengatakan bahawa itu adalah kegagalan kerajaan sedia ada dalam mengawal harga barang keperluan.
Ini adalah fitnah yang sentiasa di mainkan oleh pembangkang dalam memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan walaupun banyak barang keperluan harian telah diwartakan sebagai barang kawalan dan mendapat subsidi dari kerajaan.
Ini juga akan membuatkan rakyat tertindas dan menyusahkan semua lapisan masyarakat, dengan adanya pemantauan dan penguatkuasaan serta tindakan tegas ini diharap akan dapat mengekang kegiatan menaikkan harga barang keperluan di seluruh negara.
Mereka (peniaga) yang ditangkap atas dakwaan menaikkan harga barangan keperluan ini seharusnya di ambil tindakan sekeras kerasnya oleh pihak kerajaan kerana disinilah berpuncanya segala permasaalahan dan fitnah terhadap kerajaan.
Sepatutnya para peniaga tidak menaikkan harga barangan kerana mereka telah diberi keuntungan dengan setiap jualan yang dibuat.
Sangkakala harap, KPDNKK kali ini tidak lagi memberikan peluang kepada mereka yang menaikkan harga sesuka hati mereka.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan