Khamis, 16 Mei 2013

HISHAMUDIN RAIS KEBAL UNDANG UNDANG

Dengan bersandarkan kepada Akta Perhimpunan Aman yang kini tidak lagi memerlukan permit untuk berhimpun dimana mana, maka pakatan pembangkang mengambil kesempatan dengan pergi berhimpun disana sini.

Walaupun ianya dinamakan sebagai himpunan aman, tapi ianya masih lagi mengganggu ketenteraman orang awam yang kelihatan takut dan risau ketika mereka mengadakan himpunan tersebut.

Seperti yang pernah dilakukan oleh mereka dulu, dalam himpunan BERSIH contohnya, mereka pada asalnya mengatakan itu adalah himpunan aman, tetapi ianya bertukar menjadi ganas hingga membuatkan banyak kerosakkan.

Adakah ini yang dikatakan sebagai aman? Jika aman, sudah pastilah ianya tiada keganasan.

Ramai yang menunding jari menyalahkan pihak polis kerana gagal melaksanakan undang undang negara dan menggunakan kuasa yang termaktub dalam undang undang negara.

Tapi adakah semua orang tahu bahawa dengan ketiadaan ISA ini membuatkan mereka lebih berani lagi.

Hishamuddin Rais dikatakan akan membawa para penyokong pakatan pembangkang ke jalan raya sepertimana yang beliau pernah katakan di kampung baru malam sebelum himpunan BERSIH 3 diadakan di Kuala Lumpur.

Ini jelas menunjukkan bahawa Hishamuddin Rais telah bertindak dengan cara mengugut dimana sekiranya mereka gagal ke putrajaya dalam pilihanraya kali ini, maka mereka akan berada di jalan jalan raya.

Ugutan ini dilihat seperti tidak memberikan kesan kepada pasukan polis yang mana sepatutnya mereka menggunakan rang undang undang yang ada untuk menahan dan mendakwa Hishamuddin serta para pengikut beliau.

Harapan Sangkakala, dengan adanya menteri baru di Kementerian Dalam Negeri, maka sesuatu boleh dilakukab dengan lebih baik dan berkesan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: