Selasa, 14 Mei 2013

TOLAK PERPADUAN PAS TIDAK MENGIKUT SUNNAH NABI

Dengan mengatakan bahawa PAS menolak perpaduan yang dituntut oleh beberapa pemimpin jelas menunjukkan bahawa PAS hari ini tidak lagi mengikut sunnah Nabi seperti yang berlaku diantara kaum Muhajirin dan Ansar lebih seribu tahun lalu.

Bukankah setiap apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW merupakan satu sunnah dan perpaduan yang wujud diantara kaum Muhajirin dan Ansar berlaku setelah Nabi Muhammad berhijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah?

Jika sunnah Nabi sendiri ditolak oleh PAS dimana nak dikatakan bahawa mereka (PAS) menjadikan Islam sebagai pegangan mereka?

Haji Hadi mengatakan bahawa dengan bergabung bersama UMNO maka ianya ibarat membantu orang lemas dan beliau menyamakan UMNO seperti orang lemas yang jika dihampiri akan mendatangkan malapetaka atau merbahaya.

Inikah sikap seorang pemimpin Islam yang dikatakan mengikut sunnah waljama'ah dalam Islam?

Nik Aziz pula berkata bahawa beliau akan meludah muka pemimpin atau sesiapa sahaja yang datang untuk menyatukan UMNO dan PAS. 

Astaghfirullah..sampai begitu sekali Nik Aziz memandang kepada UMNO,  bukankah Islam itu bersaudara? Dimana fahaman agama Nik Aziz dan Haji Hadi selama ini yang mana mereka di gelar tuan guru oleh para pengikut mereka?

Dengan menidakkan persefahaman dalam Islam dengan menidakkan penyatuan dalam Islam,  adakah ianya akan memberikan manafaat kepada seluruh orang Melayu di Malaysia yang kesemuanya adalah Islam?

Apakah Nik Aziz dan Haji Hadi tidak melihat kepada satu penyatuan yang cukup kukuh diantara dua parti terbesar yang mewakili orang Melayu di dalam negara ini?

PAS mungkin tidak perasan dimana kerusi mereka kini semakin kurang dan kerusi DAP semakin bertambah dan menjadikan ianya bertambah adalah kerana sokongan dari pengikut PAS itu sendiri. 

Dimana pula kedudukan Islam yang menyokong kafir DAP yang mana secara terang terangan menentang Islam selama ini?

Ini yang dikatakan buta kerana jawatan dan buta kerana kuasa dan ianya telah menular dalam diri dan jiwa pemimpin PAS. 

Dan ada juga ulama mengatakan bahawa apabila nafsu sudah menutup segala perasaan dan ianya akan mengatasi iman maka syaitan akan menyelinap masuk untuk menghitamkan hati mereka. Wallahualam.