Rabu, 29 Mei 2013

#505 PELAJAR YANG SUKA BUAT KERJA BODOH

Malam ni dah pulak para pengikut Safwan Anang buat himpunan depan penjara Sungai Buloh kononnya nak pertahan sahabat mereka yang berada dalam tahanan akibat dari tidak mahu membayar wang jaminan sebanuak 5 ribu ringgit.


Safwan Anang kat dalam lokap tu tidur elok je tapi yang kat luar bersengkang mata, tak ke bodoh namanya tu?


Kenyataan isteri Safwan pulak mibta semua sahabat beliau berhimpun tunjukkan tanda sokobgan sebab Safwan kononnya dianiaya dan beliau kini sedang mengandungkan anak Safwan.

Kalau dah tau macam tu jangan nak berdemo beriya sangat, jaga anak tu elok elok bukan nak tunjuk hero berhimpun sana sini bercakap tak tengok kiri kanan.

Alasan Safwan beliau menolak untuk membayar jaminan sebab beliau di tangkap atas faktor politik, habis tu dia berhimpun  bukan sebab politik ke? Atau ada sebab lain? Tapi jangan sebut pasal demokrasi sebab dulu asalnya kumpulan mahasiswa ni kata cuma nak tuntut pembelajaran percuma dan tidak bwrmotifkan politik.

Sangkakala ada semasa kumpulan ini berkumpul di presint 3 putrajaya dan memang tidak dinafikan ada unsur unsur menghasut supaya orang ramai yang berada di situ berkumpul di jalan raya.

Itu bukan menghasut ke? Atau ada istilah lain lagi untuk perkataan tersebut? 

Sudah sudah le tu, pakatan pembangkang dah kalah dalam pilihanraya dan ianya takkan bertukar hanya dengan menghasut orang ramai untuk turun ke jalan raya dan sebagainya. 

Yang mahukan sebegitu ialah Anwar Ibrahim,  sedangkan rakyat Malaysia tidak mahu demo seperti itu diadakan.

Yang jadi pak turut kata Anwar tu buat apa?  Buat susahkan diri je la, takde susah cari susah apa hal? Ingat yang awak tu dah menikah, ada tanggungjawab, bukan dengan cara itu nak tunjuk hero atau handal.

Lagi gambar di SINI