Rabu, 15 Mei 2013

BETAPA GEMBIRANYA DAP DAPAT MAIN ANAK MELAYU

Cuba lihat gambar dibawah, betapa gembiranya orang dibelakang dua orang anak Melayu yang mengibarkan bendera DAP.
Kalau dulu Melayu merasa jijik untuk memegang bendera tersebut tetaoi kini ianya telah di kibarkan oleh anak bangsa Melayu sendiri.

Mungkin juga kerana kesilapan kita sendiri yang kurang menekankan tentang sejarah yang pernah berlaku di tahun 1969 dahulu dimana kerana kibaran bendera inilah terjadinya peristiwa berdarah yang mengakibatkan 169 orang terkorban. 

Tapi apa yang terjadi pada hati ini? Mungkin ibu bapa mereka lahir selepas tarik berdarah itu yang membuatkan ibu bapa mereka tidak mahu atau tidak memberitahu kepada mereka bahawa pengikut parti bendera itu membuat angkara di dalam negara.

Sayang seribu kali sayang, apabila dulu kita selalu melihat bahawa mereka ini sebagai musuh kini mereka menjadi teman seperbaringan dan apa yang pasti, adakah mereka ini benar benar ikhlas untuk berkawan dengan kita atau mereka ini menunggu masa kita tidur untuk merompak segala yang ada dan mungkin akan melakukan lebih dari itu?

Sedarlah anak melayu, hanya bangsa kamu sendiri yang mampu untuk membela kamu dikemudian hari, tidak mungkin akan datang bangsa lain untuk memberikan bantuan saat kamu memerlukan.