Jumaat, 17 Mei 2013

SATU LAGI RED BEAN ARMY DIKESAN

Kalau diikutkan daripada apa yang dikatakan oleh bekas setiausaha kerja DAP baru baru ini dalam laman youtube bahawa red bean army ditugaskan untuk menyerang sesiapa sahaja yang dilihat sebagai ancaman kepada mereka dan orang orang disekeliling mereka.

Disini Sangkakala nak kongsikan satu gambar yang kemungkinan besar juga di punyai oleh red bean army seperti yang dimaksudkan.

Nampak mereka cuba menyerang Saiful Bukhari yang akan melangsungkan pernikahan beliau tidak lama lagi.

Mereka mungkin cuba untuk merosakkan hubungan diantara Saiful dengan bakal isteri beliau yang juga dikatakan pengacara di salah satu rancangan tv dalam negara.

Persoalannya, apakah faedah mereka melakukan semua ini? Dan siapa yang mengupah mereka untuk melakukan semua ni? 

Sangkakala harap Saiful dan bakal isteri beliau tabah dalam menempuh alam rumah tangga dan tidak mengambil berat apa yang dikatakan oleh cybertrooper pakatan pembangkang ini kerana kebenaran akan terbukti juga satu hari nanti.