Selasa, 14 Mei 2013

NIK AZIZ NAK PEGANG JAWATAN SAMPAI MATI

Nik Aziz kata dia akan pegang lagi jawatan Mursyidul Am PAS selagi diperlukan dalam parti, ini semua ayat retorik yang sebenarnya.

Kalau dah rasa tak mampu untuk pegang, lepaskan je jawatan tu, dan serahkan pada orang yang mampu untuk teruskan.

Oleh kerana adab orang Melayu yang hormatkan orang tua, jadi takkan PAS nak tendang Nik Aziz keluar atau dilucutkan jawatan.

Jadi Nik Aziz perlu sedar sendiri bila masanya untuk dia berundur, ni orang nak jadi calon dia terketar ketar nak jadi calon gak lagi.

Tapi dah tak mampu nak galas tanggungjawab sebagai pemimpin sampai terpaksa di papah baru baru ni.

Apa nak jadi dengan ulama PAS sorang ni yang terlalu tamakkan kuasa serta jawatan dalam parti?

Nik Aziz sepatutnya sudah melepaskan jawatan sebagai Mursyidul Am PAS apabila beliau tidak lagi menjadi Menteri Besar dan semasa PRU baru baru ini juga sepatutnya beliau tidak menawarkan diri untuk bertanding sebagai ADUN.

Tapi oleh kerana tamak, beliau masih bertanding juga dan kini mengatakan bahawa sekiranya masih diperlukan beliau akan terus menjadi Mursyidul Am parti tersebut.

Ntah lah PAS, nasib je lah dapat pemimpin macam Nik Aziz yang akan memegang jawatan hingga ke akhir hayat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: