Rabu, 29 Mei 2013

KUMPULAN 'R' KELANTAN TUNJUK KEBODOHAN

Macam mana nak tuntut royalti kalau rupa minyak mentah pun tak tau, sampai minyak petrol yang dah diproses nak dihantar ke makmal untuk uji kaji, nampak sangat la kumpulan NGO R Kelantan.


Baru baru ni kecoh sebab ada terdapat minyak petrol dalam telaga seorang penduduk di Tumpat hingga membuatkan penghuni rumah tersebut merasa risau jika terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini.

Kecoh juga sekejap,  apabila kerajaan Kelantan sudah mula berkira kira mahu menjadikan rumah tersebut sebagai kawasan telaga minyak, lagilah risau penghuni tersebut sebab mana nak duduk pula lepas tu.

Bila dikaji dan diselidik, rupa rupanya terdapat kebocoran pada tangki utama minyak petrol di sebuah stesen minyak berhampiran dan segala persoalan pun terjawab.

Yang Sangkakala geli hati tu bukan apa, takkan la NGO R yang selama ini menuntut supaya royalti minyak diberikan kepada Kelantan boleh tak tau mana rupa minyak mentah dan mana satu minyak siap proses?

Takkan keluar dari perut bumi minyak yang siap diproses kot? Tapi tidak juga menjadi sati keajaiban sekiranya Tuhan berkehendakkan begitu.

Namun bila dilihat sampai nak bawa ke makmal itu dah nampak kebodohannya sebab tanpa usul periksa dah terlalu teruja hingga sebegitu.

NGO R perlu belajar lagi tentang minyak barulah boleh nak tuntut Royalti dan sebagainya..


pssttt..ambo tok tahu pasa minyok petrol..minyok lintoh ambo tahu la..