Khamis, 23 Mei 2013

PENGUATKUASAAN PERLU MENYELURUH

Sangkakala ternampak ada beberapa rakan dalam laman facebook memuat naik gambar daripada screen shot tweet Khalid Ismath yang dikatakan pengikut Syiah selama ini.
Khalid Ismath sebenarnya telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang agak mengelirukan.

Sangkakala rasa perkara ini perlu dibendung kerana kita juga selain mempunyai mahkamah sivil, mahkamah syariah juga terdapat dalam negara kita.

Kenyataan kenyataan yang mengelirukan seperti yang dikeluarkan oleh Khalid seperti diatas seharusnya dibendung dan dibanteras kerana ianya mengelirukan orang ramai.

Bukan sahaja setakat Khalid Ismath tetapi Sangkakala rasa setiap kenyataan yang dibuat oleh setiap orang jika mengelirukan perlu disiasat dan jika terbukti menyalahi undang undang Syariah, maka mereka bolehlah didakwa.

Dan selepas itu barulah kita semua dapat sama sama melihat apa kata PAS yang selama ini mendakwa bahawa Malaysia tidak mengamalkan perundangan cara Islam,  dan jika mereka membantah ini bermakna mereka tidak konsisten dalam perjuangan yang mereka sendiri canangkan.