Ahad, 19 Mei 2013

DARAH MEREKA HALAL !!! APA KATA PAS ???

Selaku parti yang menggelarkan mereka adalah parti Islam, sudah pasti mereka tau tentang hukum hakam perbuatan untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan.

Tan Sri Harussani Zakaria mengatakan bahawa darah bagi orang Islam atau tidak yang cuba untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara sah adalah halal dan ini bukanlah bermakna mereka ini perlu diperangi cuma mereka ini wajar diambil tindakan sewajarnya kerana cuba menggulingkan kerajaan.

Tapi PAS pula seolah olah memberikan laluan kepada mereka yang mahu menggulingkan kerajaan yang dipilih ini dengan mengambil sikap bersekongkol dengan parti yang jelas telah menghasut rakyat untuk menjurus kearah itu.

Adakah tindakan Anwar Ibrahim selaku pemimpin dalam PKR hanya dinafikan dengan mengeluarkan kenyataan kenyataan tidak menyokong namun PAS masih lagi bersama parti tersebut dalam usaha memerangi kerajaan Barisan Nasional?

Tindakan yang dilakukan oleh Nik Aziz juga dilihat seolah olah memberikan keizinan untuk para penyokong pakatan pembangkang melakukan perkara tersebut dengan emngeluarkan kenyataan bahawa beliau akan meludah sesiapa juga yang datang untuk menyatukan UMNO dan PAS.

Ini juga tindakan yang dilihat tidak matang dan retorik daripada PAS yang mana ada pemimpinnya menolak penyatuan dan ada pula pemimpin yang mengatakan perlu menerima kepimpinan kerajaan yang ada kini dan ada pula yang mengatakan bahawa PAS perlu bersatu dengan UMNO untuk penyatuan agama dan bangsa.

Keangkuhan PAS juga tidak memperlihatkan keislaman mereka yang secara terang menolak penyatuan diantara sesama islam dan mereka (pemimpin PAS) seolah olah menggalakkan perpecahan dalam Islam itu sendiri.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: