Isnin, 27 Mei 2013

#505 PELAKON PEMBANGKANG KANTOI ??? INI MEMALUKAN ANWAR !!!

Isteri mendiang N Dharmendran semalam membuat laporan polis berhubung kes kematian suaminya yang ditahan di di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur ( IPPKL ), Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata isteri mendiang Marry a / p Mariay Susay diiringi kira 30 anggota keluarga dan kawan mendiang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD ) Dang Wangi pada 11 pagi untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Tapi Sangkakala bukanlah mahu menceritakan kisah laporan tersebut sebenarnya, tetapi lebih kepada lakonan tak menjadi oleh salah seorang yang mengikut rombongan jalan jalan cari pasal dibalai polis berkenaan.

Ini berikutan, dalam kejadian pagi itu, semasa kawalan masuk ke dalam balai dijalankan, seorang lelaki meluru secara tiba - tiba dan menolak anggota polis yang sedang bertugas dan pada masa sama memaki hamun anggota polis itu. 



Lelaki itu turut menjatuhkan dirinya di atas jalan dalam kawasan balai, laluan hadapan pintu masuk ke pejabat pertanyaan kira - kira 10 hingga 15 saat sebelum bingkas bangun apabila mendengar anggota polis hendak memanggil ambulan. 




Alamak macha. .U sudah kasi risau sama itu abang polis la, ingat U sudah mati, tapi apa pasal u bangun? Kalau ini macam Anwar tengok mesti dia marah tau sebab dia cakap U pelakon bodoh, dengar mau panggil ambulan sudah risau, kalau ambulan punya siren bunyi U dengar, confirm lemah jantung.

Sangkakala pun nak gelak tengok gelagat pelakon ala ala MGR ni, boleh pulak nak belakon macam tu, nak tarik perhatian si N surendran kot sebab maklumlah peguam bangang tu pun ada di kawasan kejadian. .

Lagi laporan lanjut di SINI

Inilah lakonan dan sandiwara pakatan pembangkang yang akan menjadikan apa sahaja isu untuk dipolitikkan tidak kira sama ada ianya kematian atau apa sahaja yang mereka fikir akan dapat memberikan kelebihan kepada mereka akan mereka pergunakan dan yang digunakan pula teraniaya setelah ditipu hidup hidup kononnya mereka ( pembangkang ) ingin membela kes tersebut.

Pakatan Pembangkang tidak akan membela mereka mereka ini namun mereka mereka ini digunakan untuk kepentingan politik mereka (pakatan pembangkang) sendiri.

Mendiang sudah disahkan menghidapi asma dan lelah dan kematian mendiang juga bukanlah di lokap tetapi didalam perjalanan ke hospital untuk menerima rawatan dan itu jelas menunjukkan bahawa pasukan keselamatan tidak mengambil sikap lepas tangan terhadap mereka mereka yang ditahan.

Pada Sangkakala, apabila sudah ada usaha untuk memberikan rawatan itu sudah memadai.

Tapi Sangkakala bukanlah mahu menyalahkan keluarga mendiang kerana Sangkakala yakin dan percaya bahawa ada unsur unsur hasutan yang diberikan kepada keluarga mendiang dan ini membuatkan keluarga mendiang membuat laporan polis berhubung perkara itu.