Rabu, 15 Mei 2013

SAIFUDDIN CABAR AZIZ

Saifuddin Nasution mencabar Tan Sri Aziz selaku pengerusi SPR untuk hadir ke program pakatan pembangkang untuk menjawab isu isu berkaitan penipuan pilihanraya yang di gembar gemburkan oleh mereka.

Saifuddin agaknya dah lupa bahawa Anwar mengatakan penipuan dalam pilihanraya semata mata untuk membolehkan rakyat memberontak dan seterusnya mencetus kekacauan dalam negara sepertimana yang berlaku dalam himpunan bersih 3 tahun lalu.

Pakatan pembangkang mengatakan bahawa penggunaan dakwat kekal yang dikatakan mampu bertahan selama seminggu boleh dihilangkan selepas pembuangan undi.

Nak tanya la pada Saifuddin, pembuangan undi hanya dijalankan dari jam 8 pagi hingga 5 petang, jadi kenapa nak tahan sampai seminggu? Adakah orang atau pengundi boleh mengundi selepas pukul 5 petang hari mengundi tu?

Ada yang mengatakan terjadi kejadian blackout dimana kejadian terputusnya bekalan elektrik semasa pengiraan undi, tapi mereka tidak menyatakan dimana lokasi kejadian dan pihak TNB mengesahkan bahawa tidak ada laporan terputusnya bekalan elektrik dimana mana kawasan pengiraan undi, kalau ada kejadian seperti ini kenapa ianya tidak dimaklumkan kepada TNB untuk tindakan segera?

Pembangkang juga kata ada terjumpa 2 beg kertas undi yang dibuang dari helikopter, kalau nak buang, takkan tempat yang ramai orang, tentulah buang dalam hutan atau kawasan yang sewaktu dengannya supaya tiada siapa pun yang jumpa.

Semua alasan yang diberi oleh pembangkang dilihat sebagai tidak masuk akal dan tidak munasabah.

Apa yang pasti ialah semua itu dibuat semata mata kerana pakatan pembangkang tidak dapat menawan putrajaya dan ada juga desas desus yang mengatakan bahawa ada pihak yang menaja Anwar Ibrahim untuk pilihanraya sudah mulai bising dan tidak lagi percaya kepada Anwar kerana telah gagal sebanyak 3 kali.

Anwar menunjukkan keyakinan bahawa mereka akan menawan putrajaya dan seterusnya menjadi kerajaan persekutuan tetapi gagal kerana rakyat jelas menunjukkan bahawa mereka memerlukan kerajaan Barisan Nasional untuk memerintah.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: