Namanya Tuw Yin Lan, umurnya 72 tahun dan beliau sudah 20 hari tidak makan.
Dan beliau bertindak mogok lapar kerana mahu projek kontroversi Lynas dan perlombongan emas di Bukit Koman dihentikan segera.
Apa masalah agaknya dengan aunti sorang ni, pengerusi himpunan hijau sendiri telah membuktikan apa tujuan sebenar agenda badan bukan kerajaan tersebut, ianya hanyalah untuk kepentingan politik semata mata.
Tak payah la nak mogok mogok lapar, takde faedah pun, kalau mati kerana kelaparan tu nanti takkan ada siapa nak iktiraf sebagai perwira atau pun hero.
Yang sampai sanggup jadi hamba politik untuk kepentingan orang lain buat apa? Yang si Ketua dewan pemuda DAP pulak kata suruh para pemimpin parti politik pegi jengok beliau dengan alasan kesihatan beliau perlu diambil kira.
Sangkakala nak cakap satu perkara di sini, Tuw Yin Lan mogok lapar kerana tidak berpuas hati dengan lynas, bukanlah Sangkakala nak menampakkan sikap kejam, tapi kalau kerana satu orang sampai kita nak tutup lynas yang menjadi punca rezeki kepada ribuan orang dan ianya disahkan selamat, baik lah lupakan seorang ni.
Tidak dinafikan, nyawa manusia adalah penting, tapi lebih baik kita biarkan pihak yang menjadi punca masalah ini untuk menyelesaikan masalah tersebut dan mereka yang membuat fitnah tentang lynas perlu bertanggungjawab jika terjadi apa apa keatas puan Tuw Yin Lan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan