Rabu, 29 Mei 2013

@ZambryAbdKadir KE SINGAPURA BUAT APA

Sangkakala tengok dalam FB dah ada balik Gerakan Anti Zambry yang dulunya asyik menghentam kepimpinan YAB Menteri Besar Perak, macam macam tuduhan yang keluar.

Sekarang ni dah ada pulak yang kata YAB Menteri Besar bawa staff Barisan Nasional ke Singapura, ada ke?

Sangkakala check dengan seorang sahabat di pejabat UMNO negeri, dia pun terperanjat juga, bila pulak pegi ke Singapura katanya.

Ishhh..ni yang agak confuse sikit ni, maklumat mana pulak yang diaorang terima kata YAB Menteri Besar bawa staff ke Singapura, kalau ada mesti dia tau sebab dia pun salah seorang pegawai dalam pejabat UMNO negeri.

Tapi memang ada seorang pegawai BN negeri pergi ke Singapura, itu pun atas tanggungan sendiri dan tidak ada kene mengena dengan YAB Menteri Besar.

Jadi kepada yang buat tuduhan melulu tu periksa le dulu, jangan kita nak menuduh tak tentu pasal kerana habuan tidak diterima sepanjang pilihanraya.

Kalau tak silap Sangkakala, banyak juga yang diperolehi oleh puak ni sebab selalu main ugut sana ugut sini dan akhirnya hentam kepimpinan negeri sebab nak dapat sedikit lagi imbuhan.

Tapi biasa la manusia, tetap dengan sikap tidak pernah cukup dengan apa yang ada, kalau tak silap, pernah juga dapat sedikit imbuhan berupa peralatan untuk membuat tugasan, namun tak digunakan sepenuhnya.

Sangkakala nasihatkan supaya kita berkerja sebagai satu kumpulan, jadi tak perlu nak buat gerakan atau apa sahaja yang boleh merosakkan nama kita sendiri.

Daripada ada pemimpin yang sayang, terus jadi meluat sebab tak beri komitmen yang diharapkan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone