Jumaat, 17 Mei 2013

MEREKA LEBIH RELA DITIPU OLEH ANWAR

Kesian pulak Sangkakala tengok orang orang kat dalam gambar di bawah, mereka memegang poster 'BLACKOUT 505' tapi mereka sendiri tak tau dimana kejadian tersebut berlaku dan apa yang pasti, mereka hanya mendengar perkara tersebut dari Anwar Ibrahim. 

Yang buat buat kelakarnya, Anwar sendiri pun tak tau dimana kejadian blackout ni berlaku kerana ianya adalah rekaan semata mata demi untuk menunjukkan bahawa beliau layak untuk menjadi Perdana Menteri dan undi dari rakyat tidak mahu diguna pakai.

Cuba tanya sendiri pada Anwar dimana kawasan blackout tu dan jangan hanya mendengar apa yang beliau katakan sebab semua rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar memang kaki putar alam yang amat hebat.

Sebenarnya, kes blackout tidak ada dimana mana kawasan pengiraan undi pun, sebab pengiraan dibuat seawal jam 5.30 petang hari yang sama, jadi dimana kes blackout yang disebut sebut tu berlaku?

Sampai hari ni, Anwar masih tidak mampu untuk membuktikan bahawa perkara tersebut berlaku dimana mana dan jelas terbukti bahawa ianya hanyalah rekaan semata mata.