Jumaat, 24 Mei 2013

AMK TAK PUAS HATI DENGAN PAS

Dah pulak Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini kata dia kecewa dengan PAS yang mengeluarkan watikah pelantikan calonnya bertanding kawasan yang ditandingi PKR pada pilihan raya umum 5 Mei lepas.

Shamsul kata sayap parti itu tidak mahu tindakan itu kembali berulang di mana terdapat persetujuan untuk ditandingi rakan sekutu parti lain.

Beliau yang juga ahli parlimen Bukit Katil turut mengecam tindakan mengecam calon parti gabungan tanpa mengemukakan bukti kukuh.

Shamsul yang juga seorang peguam berkata pertikaian seperti itu sepatutnya diselesaikan secara dalaman parti dan bukan menerusi media.

Pemimpin muda PKR itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam Kongres AMK petang ini.

Dah pulak kata tak puas hati segala bagai, kalau dah macam tu bergabung buat apa? Apa faedah bergabung kalau masing masing berebut bertanding di tempat yg sama.

Sangkakala pernah keluarkan dalam artikel, PAS merestui ahlinya bertanding di satu satu kawasan kerana mereka mengeluarkan watikah untuk bertanding kepada ahli ahli mereka dan dengan itu barulah ahli mereka bertanding.

Ini bermakna PAS telah melacurkan hubungan persahabatan mereka bersama PKR dan bukti ini secara jelas telah ditunjukkan semasa penamaan calon dalam pilihanraya tempoh hari.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: