Jumaat, 31 Mei 2013

AIR ASIA PILIH BULU

Presiden Juruterbang Belia akan mengadakan sidang media jam 4ptg di Berita Harian,Bangsar.

Dengar kata beliau akan mengutarakan satu isu yang mana AirAsia dikatakan mengamalkan diskriminasi/pilih bulu dalam pengambilan juruterbang.

Dalam senarai pengambilan minggu lepas, daripada 30 orang, terdapat 5 orang anak kapten penerbangan, malah seorang daripadanya tiada dalam senarai temuduga, tetapi terus diberikan peluang untuk lapor diri pada 2 Julai.

Beliau adalah anak pengarah jabatan pengangkutan awam,DCA.

Ini adalah tidak adil dan tidak telus bg calon temuduga yg terdiri drpd anak miskin,nelayan dan penoreh getah, setakat ini dikatakan 1000 orang pilot muda yang menganggur, hanya anak kapten sahaja yang diberi keutamaan.

Nasib anak miskin untuk jadi juruterbang bagi membantu keluarga tidak terbela dan ini adalah amat mengecewakan.

Apa akan jadi dengan mereka? Siapa akan memandang mereka ini sekarang?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: