Sabtu, 18 Mei 2013

GUAN ENG AJAR KETUA POLIS NEGARA

Semalam diadakan majlis penyerahan tugas oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Ismail kepada ketua polis negara yang baru iaitu Tan Sri Khalid.


Belum pun sehari Tan Sri Khalid memegang jawatan Ketua Polis Negara,  Guan Eng telah mengajar beliau tentang tugas sebagai seorang polis. 

Guan Eng berkata bahawa Tan Sri Khalid perlu mengurangkan kadar jenayah dan jangan hanya bertumpu kepada pemimpin pakatan pembangkang. 


Persoalannya siapa Guan Eng yany hendak mengajar Ketua Polis Negara tentang tugas yang perlu beliau laksanakan? Dan kenapa Guan Eng perlu berbuat begitu?

Jika kepimpinan pakatan pembangkang tidak melakukan sebarang kesalahan atau jenayah, masakan pihak polis tiba tiba nak pegi tangkap, agak agak le kalau nak berckap tu Guan Eng.

Tapi sejak akhir akhir ini, kadar jenayah telah pun turun sebanyak 7.6 peratus dan ini membuktikan bahawa pasukan polis menjalankan tugas dengan baik dan cekap.

Tapi ada satu pula masalah apabila 0emimpin pakatan pembangkang acap kali cuba untuk mencetuskan huru hara dengan mengadakan himpunan jalanan yang mana ianya juga boleh dikatakan sebagai jenayah apabila berlakunya rusuhan serta mendatangkan kerosakkan atau kecederaan. 

Takkan yang itu pihak polis nak diam? Setiap apa yang dilakukan oleh pihak polis adalah mengikut prosedur atau SOP yang telah ditetapkan dan bukannya main tangkap melulu.

Jangan cuba nak jadi pembela la Guan Eng, nanyi tak pasal pasal dengan kamu sekali duduk dalan kalau langgar undang undang negara.