Isnin, 13 Mei 2013

KENAPA PAS PERLU GUSAR ???

PAS hari ini menyatakan kegusaran mereka apabila Barisan Nasional mengatakan bahawa tidak akan ada pembangunan di kawasan kawasan yang dimenangi oleh pakatan pembangkang selepas ini.

 Di Terengganu Menteri Besarnya menyatakan bahawa skim perumahan dan segala bentuk pembangunan yang dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional tidak akan diadakan.

Sangkakala rasa ianya amat sesuai dan PAS tidak perlu gusar kerana Barisan Nasional tidak mahu memberikan pembangunan kerana selama ini PAS mencanangkan bahawa janji janji Barisan Nasional yang ditepati untuk rakyat di tukar kepada perkataan janji dicapati.

Oleh itu untuk apa pembangunan di wujudkan dikawasan kawasan terbabit dan PAS yang pernah juga melaungkan slogan tersebut boleh meminta kepada kerajaan kerajaan negeri yang dimenangi oleh pakatan pembangkang untuk memberikan suntikan dana bagi pembangunan di kawasan mereka. 

Untuk apa kerajaan pusat atau kerajaan negeri bertungkus lumus memberikan pembangunan demi untuk keselesaan rakyat tetapi dengan segala tohmahan yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional maka pakatan pembangkang perlu pandai untuk mencari dana sendiri.

Takkan dah pandai nak tohmah tapi tak pandai nak laksanakan kerja kot wahai yb yb pakatan.

Sangkakala juga melihat sekiranya kawasan kawasan yang dimenangi oleh pakatan pembangkang ini juga dibangunkan maka Ahli Dewan Undangan Negeri serta Ahli Parlimen kawasan tersebut akan terus goyang kaki kerana semua prasarana yang diperlukan tetap dilakukan oleh kerajaan dan ini membuatkan mereka seperti ayam daging dalam reban.

Jadi kepada para pengundi di kawasan yang memikih pakatan pembangkang, anda perlu bersiap sedia untuk tidak menerima sebarang pembangunan selama 5 tahun ini dan jika Barisan Nasional menang di kawasan anda pada pru 14 nanti barulah pembangunan akan dijalankan sepertimana yang dijanjikan.