Isnin, 13 Mei 2013

SAYANG SUNGGUH NIK AZIZ DENGAN DAP DAN PKR

Kalau zaman allahyarham Ustaz Fadzil Noor dulu ada, sudah tentu hari ini PAS dan UMNO akan berastu demi kelangsungan Melayu Islam.

Tapi oleh kerana beliau telah pergi dahulu mengadap Ilahi maka perkara itu amat sukar terjadi kini.

Ini semua kerana Nik Aziz yang tidak mahu bersama sama dengan UMNO yang dianggap sebagai parti kafir sedangkan DAP tidak dilabel sebegitu walaupun telah banyak perkara yang dilakukan oleh pemimpin DAP bercanggah dengan kehendak Islam serta dilihat mempermain mainkan agama Islam.

Nik Aziz mengajak UMNO untuk menyertai pakatan pembangkang yang menggelarkan parti gabungan haram mereka sebagai pakatan rakyat.

Macam dah hilang akal je Nik Aziz ni becakap, kan ke UMNO itu parti dalam Barisan Nasional dan Barisan Nasional itu ada parti gabungan, macam mana pula UMNO nak menyertai pakatan mereka sedangkan mereka adalah tiga parti yang berbeza.

UMNO mengalu alukan PAS untuk bersama sama berjuang dalam menegakkan Islam dan bukan sebaliknya, nampaknya Nik Aziz terlalu sayang dengan parti yang mana para pemimpinnya acap kali mempertikai tentang agama Islam dan mempermain mainkan agama Islam secara terbuka.

Nik Aziz pernah berkata bahawa beliau adalah Islam tetapi bukan melayu dan mungkin sebab itu juga beliau tidak mempedulikan apa akan jadi pada Melayu sekiranya DAP mendapat kuasa paling tidak menjadi tulang belakang jika pakatan pembangkang berkuasa.

Apa yang ada di dalam benak Nik Aziz hanyalah bagaimana untuk menjatuhkan UMNO tetapi tidak langsung memikirkan bagaimana untuk menaikkan Melayu itu sendiri.

Jadi bagaimana Nik Aziz mahu memajukan Islam sekiranya Melayu itu mundur kerana kita semua tahu, dalam negara ini, Islam itu adalah agama kepada orang Melayu dan ianya ada bersangkutan sekiranya dalam hal kemajuan.

Melayu itu adalah Islam dan sekiranya Nik Aziz mengatakan bahawa ada dikalangan bangsa lain yang juga beragama Islam ianya tidak dinafikan, cuma yang menjadi persoalannya ialah, majoriti yang beragama Islam di Malaysia adalah orang Melayu.

Jadi bagaimana Nik Aziz mahu menidakkan perkara ini?

Dendam terhadap UMNO memang tidak akan padam dari dalam diri Nik Aziz dan sekiranya itu yang menjadi pegangan Nik Aziz bermakna beliau juga telah lari dari landasan agama Islam iaitu tidak menaruh sifat dendam sesama manusia.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: