Rabu, 15 Mei 2013

APA PAS SELANGOR MAMPU BUAT LAGI ???

Kalau masa zaman Datuk Hasan Ali dulu ada dalam exco kerajaan Negeri Selangor, sudah pasti perkara ini akan diambil tindakan, tapi apa yang menyedihkan ialah beliau juga akan diambil tindakan dengan cara memecat keahlian beliau dari dalam PAS.

Kalau dulu PAS menang kurang daripada PKR dan melayakkan PKR memegang kerusi Menteri Besar, kini PAS sudah ada kelebihan 1 kerusi dalam sidang DUN, tapi adakah PAS mampu untuk melaysanakan perundangan Islam serta memartabatkan agama Islam di negeri tersebut.

Baik, kita berbalik kepada gambar diatas, kes ini berlaku dalam iklan untuk mempromosikan sebuah gereja di Petalin Jaya, dan mengikut apa yang diberitahu, Pertubuhan JATI telah membuat satu laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Kali ni dah tentu Khalid pening kepala, baru siangnya angkat sumpah dan melafazkan akujanji, dalam masa sama juga ada orang buat repot polis pasal mempermainkan agama.

Mereka ini tidak akan pernah berhenti untuk terus menaikkan kemarahan orang Melayu dan menghina agama Islam, mereka juga akan terus lakukan begitu sehinggalah mereka dapat merampas negara ini dari tangan orang Melayu Islam.

Jadi Sangkakala nasihatkan PAS supaya jangan takut dengan kehilangan jawatan, kalian kena tunjukkan bahawa kalian mampu untuk mentadbir negeri Selangor, tapi jangan sampai nak digadai macam yang ada sekarang ni.

Kalau kalian tidak mampu, adalah lebih baik semua daripada kalian meletakkan jawatan dari pada menjadi ADUN atau exco kerajaan negeri.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: