Khamis, 9 Mei 2013

HUSAM TIDAK SIPERLUKAN LAGI DALAM PAS

Setelah mengalami kekalahan di Putrajaya sebagai ahli parlimen, jelas kita melihat bahawa Husam Musa tidak lagi diperlukan didalam PAS.

Ini kerana beliau langsung tidak diberitahu tentang keputusan untuk melantik Menteri Besar Kelantan sampai beliau mengeluarkan kenyataan bahawa kepimpinan PAS Kelantan bukan muslim.

Beliau berkata begitu setelah lebih kurang 200 orang berkumpul membantah apabila beliau tidak diletakkan sebagai exco kerajaan negeri.

Ini adalah satu perkara yang agak memalukan apabila seorang Naib Presiden parti langsung yidak di panggil untuk berbincang tentang perlantikan Menteri Besar sedangkan Husam adalah Timbalan Pesuruhjaya II negeri tersebut.

Kalaulah Sangkakala kena macam Husam kena, dah tentu Sangkakala cabut tinghalkan parti tu, nak buat apa lagi kalau dah dipinggirkan walaupun mempunyai jawatan tinggi dalam parti.

Tapi tau ke Husam ni apa erti malu agaknya? Hanya dia sendiri yang tau perkara tu,  macam kita ni mana lak tau..haha