Khamis, 9 Mei 2013

HADI TERMAKAN HASUTAN PKR AZMIN MAKAN HATI

Presiden PAS nempaknya sudah termakan dengan gula gula yang ditabur oleh PKR Selangor hingga sanggup menidakkan kemenangan PAS di negeri itu yang membolehkan mereka menjadi Menteri Besar.

Kalau dengan alasan perpaduan antara tiga parti pembangkang itu, rasanya ia adalah amat tidak wajar kerana terbukti bahawa calon PAS menjalankan kempen dengan baik dan berkesan berbanding dengan calon PKR.

Lagi satu, kenapa Hadi selaku presiden PAS mesti campur tangan dalam urusan perlantikan Menteri Besar di negeri tersebut, bukankah PAS telah meletakkan YDP PAS negeri dan kenapa beliau tidak diberi peluang untuk menyatakan pendirian beliau.

PAS Selangor telah menyatakan bahawa mereka bersedia untuk menjawat jawatan Menteri Besar ekoran daripada kemenangan parti itu yang mendapat majoriti lebih satu kerusi daripada PKR.

Tapi atas desakan PKR, PAS terpaksa melupakan hasrat untuk menjawat jawatan Menteri Besar tersebut.

Adakah ADUN PAS yang lain akan berpuas hati dengan situasi ini dan satu persoalan yang bermain diminda, kenapa DAP Selangor beriya iya sangat mahukan Khalid sebagai Menteri Besar.

Ini semua kemungkinan besar kerana DAP tidak mahu tunduk dengan pemerintahan PAS yang melaungkan Islam, jadi jika Menteri Besar dari PAS maka secara automatiknya DAP akan berada dibawah kuasa PAS.

Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, maka DAP Selangor pula telah mendesak supaya Khalid diberikan semula bagi penggal kedua bagi menjadi Menteri Besar.

Jadi kepada para pengikut PAS, disini kita boleh melihat, dimana kedudukan PAS dan Islam di mata DAP, mereka (DAP) tidak akan tunduk dengan Islam, mereka tidak akan mahu berada dibawah negara Islam sepertimana yang dikatakan oleh Karpal Singh sikit masa dulu.

Dan yang menjadi mangsa kini adalah Azmin Ali yang beriya sangat untuk menjadi Menteri Besar Selangor,  kita saksikan nanti apa kisah Azmin Alidi Selangor.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone