Rabu, 1 Mei 2013

BUKTI DAKWAT MASIH KEKAL SELEPAS 24 JAM

Semalam Sangkakala keluarkan gambar jari seorang anggota polis yang selesai menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pos, dan selepas 12 jam kelihatan masih lagi ada kesan dakwat kekal di jari beliau walaupun telah melakukan pelbagai kerja.

Dan hari ini Sangkakala secara kebetulan terjumpa sekali lagi dengan anggota polis tersebut, Sangkakala bertanya sama ada dakwat dijari beliau masih lagi ada dan kesan tersebut tidak hilang walaupun telah lebih dari 24 jam dicalit pada jari beliau.

Beliau mengakui bahawa telah mencuci dengan sabun dan sebagainya namun kesan dakwat tersebut masih tidak tanggal.

Bagaimana pakatan pembangkang boleh mengatakan bahawa dakwat itu boleh tanggal dalam masa kurang 5 minit dari masa dakwat tersebut diletakkan di jari pengundi pos?

Ini adalah bukti bahawa pakatan pembangkang sengaja mencetuskan kontroversi menjelang pilihanraya dengan mengatakan bahawa SPR dan Barisan Nasional berkomplot untuk menang dalam pilihanraya ini?

Semua dakwaan oleh pakatan pembangkang itu sebenarnya adalah fitnah semata mata dimana kesan dakwat tersebut terbukti kekal walaupun sudah melebihi 24 jam.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: