Khamis, 2 Mei 2013

MAHASISWI DICABUL OLEH BEBERAPA LELAKI

Malaysiakini semalam melaporkan bahawa 2 orang mahasiswi telah dicabul oleh lelaki yang dikatakan memakai baju biru BN dalam sebuah majlis di Kolej Universiti Selatan.

 Majlis tersebut adalah majlidbpecah tanah yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang mana 2 orang gadis tersebut yang hanya mahu nama mereka dikenali sebagai X dan Y.

 Mereka mendakwa kejadian tersebut berlaku ketika mereka berasak asak untuk memberikan pen bagi menandatangani plag perasmian.
 
Apa yang menjadi kehairanan ialah, sehingga kini mereka masih tidak membuat laporan polis tentang kejadian tersebut.

 Persoalannya ialah, adakah perkara tersebut benar benar terjadi atau ianya hanyalah rekaan semata mata untuk memburukkan program yang disertai oleh pakatan pembangkang?
  
 Kenapa perlu laporan tersebut dibuat dalam portal Malaysiakini dan tidak kepada pihak berkuasa? Ini menjadi satu kemusykilan dan pada hari ini pihak polis telah meminta mereka yang terlibat untuk tampil bagi melaporkan perkara tersebut untuk diambil tindakan.

Jadi disini Sangkakala merumuskan bahawa perkara tersebut adalah rekaan semata mata untuk memburuk burukkan Barisan Nasional.