Rabu, 1 Mei 2013

AZLAN BERTUKAR LAGI SEKALI

Sangkakala pun dah tak tau nak kata apa apa pasal bapa si Saiful Bukhari ni, sebelum ni kata konspirasi UMNO, sekarang kata tidak, yang mana satu nak percaya sekarang ni.

Tapi apa yang Sangkakala tau, semasa beliau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mengatakan bahawa kes liwat anaknya adalah konspirasi UMNO, beliau dilihat membaca teks seperti teks ucapan dan Sangkakala telah mengagak bahawa sesuatu telah berlaku.

Ianya seolah olah satu perancangan yang amat teliti dan seperti yang Saiful katakan juga bahawa bapa beliau (Azlan) telah dipengaruhi dengan duit.

Kebetulan juga Azlan dikatakan mempunyai masalah kewangan setelah hampir 3 minggu beliau menghilangkan diri dari rumah.

Setelah Azlan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat itu adalah konspirasi UMNO, Saiful dengan pantas menafikan perkara tersebut dan beliau (Saiful) dengan lantang memberi amaran kepada Anwar Ibrahim supaya tidak membeli keluarga beliau dalam kes liwat tersebut.

Dan pada hari ini pula, jelas terbukti bahawa apa yang dilakukan oleh bapa Saiful itu adalah sesuatu yang dirancang dan beliau menarik semula segala kenyataan beliau terhadap UMNO dan menrik balik permohonan maaf beliau terhadap keluarga Anwar.

Beliau (Azlan) juga menyatakan bahawa beliau akan bersama sama dengan Saiful untuk membela kes berkenaan.

Nampaknya Azlan dah bagi Anwar goyang sekali kagi, apakah perlu kalau kita semua meminta Anwar melakukan sumpah laknat bagi menafikan bahawa beliau telah meliwat Saiful?



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: