Rabu, 1 Mei 2013

#PRU13 SI GAGAP MENIPU LAGI

Baru baru ni pakatan pembangkang kata 39000 pengundi diterbangkan dari Sabah untuk mengundi di semenanjung, kini Khalid pula mengatakan bahawa 130 ribu pengundi didaratkan di sebuah lokasi yang tidak diketahui.

Kalau dah tidak diketahui, macam mana pula si gagap ni boleh tau? Nampak sangat si gagap ni pulak nak membohong rakyat Malaysia dengan fitnah yang beliau reka cipta sendiri, agaknya Khalid gagap pun dah rasa bahang bahawa beliau kan kalah di Selangor.

Kalau beliau tidak merasakan begitu, mungkin agak mustahil juga beliau sampai keluar dari DUN Ijok dan berpindah ke DUN Pelabuhan Kelang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi oleh beliau di Selangor.

Mungkin ini adalah jalan terakhir bagi Khalid untuk mendapat undi simpati rakyat Selangor yang rata rata sudah mula muak dengan apa yang beliau lakukan tambahan pula dengan janji janji yang tidak ditunaikan di negeri tersebut.

130 ribu orang bukanlah angka yang sedikit untuk diturunkan melalui kapal terbang atau kapal dagang, sudah pasti kehadiran mereka ini dapat dikesan oleh pihak berkuasa jika benar seperti yang didakwa oleh Khalid.

Dan Khalid juga memberi amaran kepada warga asing supaya tidak mencampuri urusan politik dalam negara, tapi bagaimana pula dengan senator dari Australia yang diminta untuk menjadi pemerhati politik oleh pakatan pembangkang yang telah ditahan oleh pihak emigresen di lapangan terbang sikit masa lalu dan dihantar pulang ke nagara asal beliau?

Cuba Khalid tolong jawab sikit pasal tu, adakah permintaan dari pakatan pembangkang itu semuanya dibolehkan dan diberikan kebenaran oleh kerajaan?

Kalau nak pusing ayat tu Khalid, tengok kiri kanan sikit, jangan main terjah je, takut sendiri susah nanti, takut ayat memakan diri.