Aduh..bila nak dekat pilihanraya ni barulah nampak muka YB di Pasar Tani dan segala bagai Pasar dan beramah mesra dengan para penduduk, masa takde PRU nak nampak muka YB pun susah cuma dengar khabar je YB kesana sini berceramah tentang politik.
Sekarang ni dah pandai pulak YB menjengah ke Pasar Tani ye YB? Sebelum ni YB kemana? Hilang begitu sahaja?
Yelah..sekarang ni musim pilihanraya kan YB? Dah tentu kena jaga kawasan sebab takut nanti hilang undi pula, tapi rasanya kali ni YB akan menjunam di Parit Buntar sebab dah ramai sangat orang Parit Buntar meluat dengan lenggok YB yang bermuka muka.
Tambahan pula YB dah memalukan mereka dengan bersetuju bersama sama Nurul Izzah tentang kebebasan beragama yang Nurul lontarkan dalam sebuah forum di Kuala Lumpur, sebagai orang Melayu Islam Sangkakala sendiri pun rasa malu juga dengan kehadiran YB disana sebab YB tu anak kepada arwah mursyidul am PAS yang ada nama dan kedudukan.
Walau apa pun YB, selamat menuju ke jalan kekalahan dan sikit hari akan ada kejutan yang diberikan oleh kepimpinan Barisan Nasional kepada YB di Parit Buntar, bukan itu sahaja, pengundi dan rakyat kawasan Parit Buntar juga ada kejutan untuk YB, tapi biarlah dekat dekat dengan hari mengundi nanti YB.